Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Isi Kerang Jadi Lebih Manis, Lembut dan Segar, Ini Cara Rebus Kerang Tanpa Air Yang Anda Perlu Cuba.

Isi Kerang Jadi Lebih Manis, Lembut dan Segar, Ini Cara Rebus Kerang Tanpa Air Yang Anda Perlu Cuba.

Kategori:

Kerang memang ada penggemarnya tersendiri. Kalau dapat kerang yang segar, memang best kalau dibuat lauk seperti sambal kerang, rendang kerang dan sebagainya. Makan kerang rebus cicah sos thai atau air asam pun dah cukup sedap!

Selalunya kalau kita nak masak kerang di rumah mesti kita basuh dan rebus dalam kuali kan? Ada ke cara lain yang untuk lembutkan isi kerang yang lebih senang?

Sebenarnya, ada! Kalau nak tahu, rebus kerang tak guna air pun boleh, mesti korang terkejut dapat isi kerang yang lebih sedap dan lembut.

Jom kita ikuti cara rebus kerang tanpa air yang dikongsikan Syah Musafir.

Menurut Syah Musafir, ini adalah cara unik yang sering digunakan oleh isterinya setiap kali nak masak isi kerang.

Sebelum tahu cara ini, Syah juga biasa gunakan air, tapi bila dia guna teknik isterinya ini, rupa-rupanya ia menjadikan isi kerang lebih lembut dan tak liat. Paling best sekali, ia tak berair!

Tak perlu takut untuk rebus tanpa air sebab kerang akan keluarkan airnya sendiri bila dipanaskan. Kalau tak percaya, kenalah cuba sendiri!

Jom kita ikuti langkah-langkahnya.

Cara Rebus Kerang Tanpa Air

  1. Panaskan kuali dan masukkan serai yang dititik. Jangan letakkan air. Jangan guna api besar, wajib gunakan api kecil saja.
  2. Bila air kuali sudah kering, masukkan kerang yang sudah dibasuh.
  3. Jangan panik bila nampak kuali berasap, memang akan begitu sebab tak ada air.
  4. Tunggu sekejap, nanti anda akan nampak air dari kerang mula keluar dan mendidih.
  5. Bila air makin banyak keluar, kulit kerang akan mula terbuka.
  6. Tak perlu tunggu semua kerang terbuka. Boleh dimakan begitu sahaja atau boleh digunakan dalam hidangan.

Cara Rebus Kerang Tanpa Air

Cara Rebus Kerang Tanpa Air

Cara Rebus Kerang Tanpa Air

Cara Rebus Kerang Tanpa Air

Cara Rebus Kerang Tanpa Air

Tak sangka pula boleh rebus kerang tanpa air. Lagilah senang kerja kita di dapur, tak perlu nak menadah air semata-mata untuk rebus kerang. Hasilnya juga dikatakan lebih sedap, isi yang dimasak jadi lebih lembut dan enak.

Jadi, tunggu apa lagi? Jom cuba cara rebus kerang yang mudah ini bila anda nak masak hidangan kerang di rumah nanti!

Sumber : Syah Musafir

tags: |