Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Cara Untuk Sediakan Spaghetti Ala Melayu. Sedap, Tak Terlalu Masam & Mudah Saja Untuk Buat Sendiri.

Ini Cara Untuk Sediakan Spaghetti Ala Melayu. Sedap, Tak Terlalu Masam & Mudah Saja Untuk Buat Sendiri.

Kategori: ,
SPAGHETTI ALA MELAYU

Semenjak makanan barat mula bertapak di Malaysia, spaghetti bolognese makin dikenali dan menjadi antara kegemaran ramai. Namun, tidak semua menyukai rasanya yang agak masam kerana bahan dan sos tomato yang digunakan.

Maklumlah, citarasa orang Melayu yang sudah terbiasa dengan masakan yang pedas dan masin-masin, agaknya sos bolognese yang asli memang tak sesuai.

Tapi memang teringin nak cuba masakan barat yang terkenal ini, kan? Jangan risau! Jom baca perkongsian resepi spaghetti ala melayu oleh Nana Ismail.

Bolehlah anda jamu spaghetti dengan citarasa Melayu ni pada tetamu yang datang berkunjung nanti!

Resepi Spaghetti Ala Melayu

Bahan-Bahan

  • 1/2 pek spaghetti
  • 8 tangkai cili kering
  • 1/2 sudu kecil pes tomyam (guna jenama ini untuk rasa tomyam yang lebih kaw)
  • 5 ulas bawang putih (diracik)
  • 1 biji bawang merah (diracik)
  • Isi ayam (dicincang)
  • Sos prego tomato
  • Lobak merah (dipotong dadu)
  • Majerin untuk menumis
  • Serbuk oregano (optional)

Cara Penyediaan

  1. Rebuskan spaghetti bersama minyak dan sedikit garam sehingga lembut. Toskan airnya dan ketepikan.
  2. Cairkan marjerin dan masukkan bawang merah dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau.SPAGHETTI ALA MELAYU
  3. Tuangkan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak dan masukkan sedikit gula.
  4. Masukkan sos prego dan air bilasan 1 tin prego tersebut ke dalam kuali.vSPAGHETTI ALA MELAYU
  5. Masukkan lobak merah dan isi ayam. Gaul sehingga sebati. SPAGHETTI ALA MELAYU
  6. Masukkan 1/2 sudu kecil pes tomyam dan sedikit serbuk oregano. SPAGHETTI ALA MELAYU
  7. Biarkan kuah memekat dan sedia untuk dihidang. SPAGHETTI ALA MELAYU

Memang mudah sahaja resepi ini, kan? Penambahan bahan cili kering dan pes tomyam akan menjadikan spaghetti ini sedikit pedas dan sesuai dengan citarasa orang kita. Tapi jangan risau, masih ada lagi sedikit rasa asli sos bolognese pada resepi ini.

Selamat mencuba spaghetti ala melayu ini. Mudah dan sedap!

Kredit: Nana Ismail via MAHI

Baca Juga: Resepi Macaroni Berkrim Keju Yang Mudah Dan Sedap, Anak-Anak Suka Sangat Menambah-Nambah!

tags: |