Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Cara Betul Simpan Rempah Ratus Supaya Tetap Wangi & Tahan Lebih Lama, Rupanya Ramai Yang Tak Tahu!

Cara Betul Simpan Rempah Ratus Supaya Tetap Wangi & Tahan Lebih Lama, Rupanya Ramai Yang Tak Tahu!

Kategori: ,
Rempah Ratus Supaya Tetap Wangi

Semenjak zaman dahulu lagi, rempah ratus digunakan untuk pelbagai tujuan. Selain dalam bidang perubatan, ia digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Di dapur pun terdapat sekurang-kurang 5 jenis rempah yang berbeza untuk digunakan.

Namun ramai di antara kita yang tidak tahu cara untuk menyimpan rempah-ratus supaya tetap wangi dan tahan lebih lama. Baru sahaja dua bulan beli dah rosak dan tak boleh guna dah. Sayangnya terpaksa membazir dan dibuang begitu sahaja.

Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi cara yang tepat untuk menyimpan rempah ratus supaya tetap wangi dan tahan lebih lama. Simpan berbulan-bulan pun masih elok! Jom baca untuk ketahui caranya.

Cara Betul Simpan Rempah Ratus Supaya Tetap Wangi & Tahan Lebih Lama, Rupanya Ramai Yang Tak Tahu!

Rempah Kering seperti bunga lawang, kayu manis, lada hitam, cengkih tidak terlalu sukar untuk disimpan. Malah ia boleh disimpan sehingga setahun kerana tak mudah rosak. Tapi lama-kelamaan, ia akan hilang aroma rempahnya dan kurang rasa.

Manakala buat rempah berserbuk seperti serbuk paprika, serbuk cili, serbuk jintan manis dan sebagainya hanya boleh digunakan semaksima enam bulan sahaja. Rempah Ratus Supaya Tetap Wangi

Untuk memastikan kekal elok dan tahan lama, sebaiknya ia disimpan di tempat yang dingin dan kering. Ini kerana kelembapan, cahaya matahari dan cuaca yang panas akan mempercepatkan kerosakkan aroma rempah.

Selain itu, anda juga perlu lebih berhati-hati dan memastikan ia tidak terdedah pada udara dan cahaya matahari seperti yang dinyatakan tadi. Seeloknnya ia disimpan dalam bekas yang kedap udara dan dimasukkan dalam peti ais supaya kekal segar. Rempah Ratus Supaya Tetap Wangi

Dua tips itu mungkin kelihatan ringkas tapisangat penting bagi menjaga kualiti dan kesegaran rempah ratus anda supaya lebih kekal lama. Jadi jangan terlupa pula tau!

Tips Termudah Untuk Kembalikan Aroma Rempah

Tapi tak semua rempah yang sudah tidak mempunyai aroma aslinya sudah rosak dan tidak boleh digunakan tau! Dari dibuang, anda boleh cuba cara mudah dengan menyangainya di atas kuali tanpa minyak.

Panaskan selama 3 minit sehingga ia berbau wangi tapi jangan sehingga hangit kerana ia akan memberi rasa yang pahit pada rempah anda. Setelah itu, ia sedia untuk digunakan dalam masakan. Mudah, kan?  Rempah Ratus Supaya Tetap Wangi

Bagi anda yang mempunyai terlampau banyak rempah ratus, amalkan cara ini supaya kesemuanya kekal wangi dan tahan lama, boleh guna untuk pelbagai masakan.

Semoga info ringkas ini dapat membantu sedikit sebanyak.

Kredit: oxo.com

Baca Juga: Guna Sisa Makanan Untuk Suburkan Tanah Tanaman, Tak Membazir Dan Berkesan, Ini Caranya

tags: