Susu pekat atau cair sememangnya bahan wajib yang perlu ada di ruang dapur. Bukan sahaja menjadi bahan dalam minuman sebagai pemanis, ia juga menjadi bahan dalam masakan untuk rasa lemak dan berkrim.
Jadi, ada yang buat stok yang banyak di rumah sehingga banyak dan khawatir jika susu mereka rosak kan? Jadi, jom kita ikuti perkongsian cara betul simpan susu ini untuk menambah ketahanan pada kualiti susu. Nak guna dalam minuman atau masakan pun sedap sebab segar rasanya.
Berikut merupakan 4 cara yang boleh kita lakukan untuk menyimpan susu cair yang telah dibuka.
Susu cair yang sudah dibuka jika tidak habis diguna, tukarkan ke dalam bekas kedap udara sebelum disimpan di dalam peti sejuk. Jika mahu digunakan dalam masa terdekat, simpan di bahagian sejuk beku.
Pasti ramai sudah mengetahui cara ini. Pastikan peti sejuk berada pada suhu 4 darjah celcius atau lebih sejuk.
Jika anda menyimpan susu cair di bahagian sejuk beku, susu cair boleh bertahan lebih lama. Bila mahu diguna kembali, biarkan pada susu bilik sehingga mencair.
Sebolehnya simpan di bahagian belakang peti sejuk kerana bahagian tersebut adalah yang paling sejuk dan jaauh dari makanan yang tak dimasak.
Semoga perkongsian cara betul simpan susu ini bermanfaat.
Sumber: My Resipi
Baca juga: Jangan Buang Susu Yang Dah Basi, Simpan Dan Boleh Buat Cheese Tau! Ini Caranya