Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Cara ‘Special’ Masak Ramen Agar Lebih Sedap Dan Tak Pedas Sangat, Yang Pasti Kalau Makan Tak Cukup Sebungkus!

Cara ‘Special’ Masak Ramen Agar Lebih Sedap Dan Tak Pedas Sangat, Yang Pasti Kalau Makan Tak Cukup Sebungkus!

Kategori:
resepi ramen special

Semua sudah mengetahui bahawa Ramen ini merupakan mi segera dari Korea. Rasanya sedap dan pedas. Bagi peminat makanan  pedas mungkin mi segera ini menjadi pilihan. Tapi bagaimana pula bagi yang kurang makan pedas?

Teringin nak makan tapi tak suka pedas sangat. Nah ini dia ada resepi masak ramen special menggunakan Samyang Ramen Cheese. Kemudian di tambah lagi dengan mozarella cheese memang bertambah sedap dan pedasnya juga akan berkurangan.

Cara ‘Special’ Masak Ramen Agar Lebih Sedap Dan Tak Pedas Sangat, Yang Pasti Kalau Makan Tak Cukup Sebungkus!

BAHAN-BAHAN:

  • Samyang ramen cheese
  • Dada ayam | dipotong dadu
  • 2 keping keju cheddar
  • Cheese mozarella

CARA PENYEDIAAN:

  1. Rebuskan ramen sehingga lembut atau masak.
  2. Setelah lembut, toskan air. Gaulkan dengan minyak bijan untuk rasa dan tekstur yang lebih menarik. Sementara panas masukkan kedua-dua serbuk cheese dan 1 1/2 paket pes cili pedas dan gaul dengan garfu sampai sebati.
  3. Baki setengah paket lagi gaulkan dengan ayam. Seeloknya gaul pakai sudu garfu ye.
  4. Masak ayam tadi dengan api sederhana. Apabila ayam dah masak letakkan keju cheddar yang dipotong.
  5. Kemudian masukkan ramen yang telah digaul dengan pes tadi ke dalam kuali ayam cheese. Gaul sebati dan taburkan cheese mozarella. (kalau takde boleh guna cheesedale.
  6. Tutup sekejap dengan tudung periuk agar keju melt/cair.
  7. Sampai di cair macam ni dan gaul gaul guna senduk plastik atau kayu. (nak masak ni seeloknya guna kuali non stick supaya keju tak melekat)
  8. Siap untuk dihidangkan. 

SELAMAT MENCUBA!

Kredit : Khabbab Jamalludin

Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Makan Samyang 2X Spicy Ramen Dengan 45 Biji Cili Buat Warganet Berasa Bimbang Dan Seram!

tags: |