Harga barangan mentah seperti sayur-sayuran semakin meningkat. Hal ini sangat membebankan pengguna dan menyebabkan mereka mengehadkan perbelanjaan mereka.
Dari dibeli, ada segelintir sayur-sayuran yang boleh ditanam dengan mudah di rumah. Antaranya adalah sayur taugeh. Jika anda tercari-cari caranya, ikuti perkongsian oleh Puteri Elena Megat untuk ketahui cara tanam taugeh sendiri di rumah.
Cara Tanam Taugeh Sendiri Di Rumah, Rupanya Senang Sahaja!
Bahan-bahan
- Kacang hijau -dapatkan DI SINI
- Air
- Raga kosong
- Kain basah
- Tisu basah
- Bekas kosong
- Plastik gelap
Cara penyediaan
- Rendam biji kacang hijau sekurang-kurangnya satu jam atau boleh juga dibiarkan semalaman.
- Ambil raga kosong, letakkan kain basah dibawahnya. Letakkan biji kacang hijau yang dah direndam tadi. Ratakan.
- Jika ada lebih, letakkan tisu basah di atas biji kacang hijau tadi. Teruskan ulang proses ini sehingga habis semua biji kacang hijau. Buat secara bertingkat.
- Letakkan bekas kosong dibawah raga kacang hijau tadi supaya air yang disiram jatuh ke dalam bekas tersebut. Ini bagi mengelakkan kacang hijau busuk.
- Masuk bekas dan raga ke dalam plastik yang gelap seperti plastik berwarna hitam.
- Ikat plastik, letakkan di bawah sinki. Pastikan kacang hijau disiram dengan kerap sebanyak tiga atau empat kali sehari.
- Hari ketiga atau keempat dah boleh dituai tanaman anda.

Selesai sahaja menanam taugeh sendiri di rumah, anda boleh menggunakannya dalam pelbagai resepi. Antaranya adalah resepi kerabu taugeh mudah ini.
Resepi Kerabu Taugeh Sedap Dan Ringkas Sahaja
Bahan-bahan
- Taugeh
- Bawang merah
- Cili merah
- Tomato
- Ulam-ulaman pilihan anda (resepi ini menggunakan kacang panjang dan daun pegaga)
- Jus 2 biji asam limau nipis
- 2 sudu kerisik
- Garam
Cara penyediaan
- Celurkan taugeh dalam air yang mendidih selama dua hingga tiga minit. Tapis dan ketepikan.
- Hiris nipis bawang merah, cili merah, tomato.
- Hiris ulam-ulaman pilihan anda. Jika tiada pun tak mengapa.
- Perah asam limau nipis. Nak lebih atau kurangkan mengikut citarasa anda.
- Masukkan kerisik dan letakkan secubit garam.
- Gaulk rata semua bahan-bahan tadi termasuk sayur taugeh. Siap untuk dimakan. Boleh digaul 10 minit sebelum makan supaya kerabu tidak berair.

Bagi anda yang ingin berjimat-cermat dan ingin cuba hobi baru, cuba pula cara tanam taugeh sendiri di rumah. Memang sangat mudah tak memerlukan banyak kos. Sedikit sebanyak boleh juga berjimat-cermat.
Selamat mencuba!
Kredit: Puteri Elena Megat
Baca Juga: Jangan Tersalah Beli! Ini Jenis-Jenis Susu Berbeza Di Pasaran Yang Anda Perlu Tahu