Cendawan Goreng Tepung

Cendawan Goreng Tepung
Kali ni saya kongsikan cara bagaimana membuat cendawan goreng tepung yang rangup dengan menggunakan bancuhan tepung. Selain cendawan tiram kita juga boleh gunakan cendawan yang lain.
RESEPI
- 1 mangkuk cendawan
- 3 sb tepung gandum
- 3 sb tepung jagung
- 1 sk garam
- 1 sk lada hitam
- 1 sk tepung penaik
- 1 biji telur
CARA PENYEDIAAN
- Sediakan cendawan 1 mangkuk
- Masukkan tepung gandum, tepung jagung, garam, lada hitam dan serbuk penaik (kacau sehingga sebati)
- Pecahkan telur dalam 1 mangkuk
- Salutkan cendawan dengan telur terlebih dahulu sebelu gaul dengan tepung
- Panaskan minyak dan goreng sehingga rangup
