Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Cendol Santan Kelapa Sawit Ganti Santan Kelapa, Rasa Memang Power! Laku Keras Di Kluang!

Cendol Santan Kelapa Sawit Ganti Santan Kelapa, Rasa Memang Power! Laku Keras Di Kluang!

Kategori: ,
cendol santan kelapa sawit

Biasanya, cendol dibuat dari bahan asas utama santan kelapa yang memberi rasa kuah berlemak dan sedap dimakan bersama cendol dan isi yang lain. Tetapi, pernahkan korang cuba kuah cendol santan kelapa diganti dengan santan daripada kelapa sawit.

Mengikut orang ramai, rasanya memang sedap dan lain dari lain. Menurut laporan Bernama, seorang peniaga yang sudah enam tahun bertapak di tepian Sungai Mengkibol di sini menampilkan keunikan tersendiri apabila menghasilkan cendol menggunakan santan daripada kelapa sawit.

Cendol Santan Kelapa Sawit Ganti Santan Kelapa, Rasa Memang Power! Laku Keras Di Kluang!

cendol santan kelapa sawit

Yaakob Halil, berkata resipi pencuci mulut ciptaannya sendiri itu mendapat sambutan hangat daripada masyarakat setempat sehingga mampu menjual lebih 7 kilogram cendol sehari.

“Semua bahan untuk membuat cendol ini saya dan keluarga sediakan sendiri kecuali santan kelapa sawit yang diperoleh daripadda pembekal dari Pasaw Awam Klang” kata pesara Telekom Malaysia itu kepada Bernama.

Yakob berkata penggunaan santan kelapa sawit sememangnya memberi kelainan dari segi rasa yang lebih sedap selain tidak mempunyai rasa tengik seperti kebiasaan santan kelapa.

Cendol Lagi Sedap, Tidak Punya Rasa Tengik

cendol santan kelapa sawit

“Santan kelapa sawit ini mampu bertahan lebih lama dan tidak cepat basi, manakala dari segi harga pula, ia lebih murah berbanding santan kelapa,” kata bapa kepada tujuh anak itu.

Selain cendol, Yakob turut menjual laksa Pulau Pinang, tauhu dan tempe goreng serta rojak petis. Kedai dibuka dari jam 10.30 pagi hingga 6 petang setiap hari dan tutup pada Jumaat.

Menurut Yaakob, penggunaan santan kelapa sawit itu bukanlah untuk menghentikan kebergantungan terhadap sanntan kelapa yang telah digunakan sejak dahulu lagi. Tetapi untuk mempelbagaikan pilihan kepada pelanggan.

“Pelbagai makanan lain boleh disajikan menggunakaan santan kelapa sawit termasuk nasi lemak, dodol, rendang dan kari,” katanya yang menjadikan cendol santan kelapa sawit untuk pelanggannya.

Inisiatif yang dilakukan Yaakob itu selari dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang mencadangkan agar pengguna dari negara ini beralih kepada santan kelapa sawit sebagai alternatif meningkatkan penggunaan bahan mentah sawit di negara kita.

Santan Kelapa Sawit Selari Dengan MPOB, Tingkatkan Penggunaan Bahan Mentah Sawit Negara

cendol santan kelapa sawit

Sesiapa yang berdekatan dengan Kluang dan ingin menikmati cendol santan kelapa sawit, bolehlah singgah dan rasa sendiri kenikmatannya.

Sumber: Bernama

Baca juga: OKU Tebar Roti Canai Terbang Guna Sebelah Tangan, Pelanggan Kagum Tengok Skill Peniaga Ini. Memang Power!

tags: | |