Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Cendol Santan Kelapa Sawit Ganti Santan Kelapa, Rasa Memang Power! Laku Keras Di Kluang!

Cik Daun by Cik Daun
Mac 19, 2023
in Berita, Info, Tempat Makan
2 min read
0 0
0
cendol santan kelapa sawit
0
SHARES
230
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Biasanya, cendol dibuat dari bahan asas utama santan kelapa yang memberi rasa kuah berlemak dan sedap dimakan bersama cendol dan isi yang lain. Tetapi, pernahkan korang cuba kuah cendol santan kelapa diganti dengan santan daripada kelapa sawit.

BacaJuga

cendol laris

Resepi Cendol Laris Lengkap, Dari Adunan Cendol Hingga Cara Buat Air Cendol. Rasa Pekat Melikat & Sedap Berlemak!

Januari 5, 2023
53
Kesian Lihat Tuan Majlis

“Aku Nak Jadi Menantu Dia..” – Pak Cik Ini Kesian Lihat Tuan Majlis Penat Layan Tetamu, Akhirnya..

Oktober 14, 2022
0

Mengikut orang ramai, rasanya memang sedap dan lain dari lain. Menurut laporan Bernama, seorang peniaga yang sudah enam tahun bertapak di tepian Sungai Mengkibol di sini menampilkan keunikan tersendiri apabila menghasilkan cendol menggunakan santan daripada kelapa sawit.

Cendol Santan Kelapa Sawit Ganti Santan Kelapa, Rasa Memang Power! Laku Keras Di Kluang!

cendol santan kelapa sawit

Yaakob Halil, berkata resipi pencuci mulut ciptaannya sendiri itu mendapat sambutan hangat daripada masyarakat setempat sehingga mampu menjual lebih 7 kilogram cendol sehari.

“Semua bahan untuk membuat cendol ini saya dan keluarga sediakan sendiri kecuali santan kelapa sawit yang diperoleh daripadda pembekal dari Pasaw Awam Klang” kata pesara Telekom Malaysia itu kepada Bernama.

Yakob berkata penggunaan santan kelapa sawit sememangnya memberi kelainan dari segi rasa yang lebih sedap selain tidak mempunyai rasa tengik seperti kebiasaan santan kelapa.

Cendol Lagi Sedap, Tidak Punya Rasa Tengik

cendol santan kelapa sawit

“Santan kelapa sawit ini mampu bertahan lebih lama dan tidak cepat basi, manakala dari segi harga pula, ia lebih murah berbanding santan kelapa,” kata bapa kepada tujuh anak itu.

Selain cendol, Yakob turut menjual laksa Pulau Pinang, tauhu dan tempe goreng serta rojak petis. Kedai dibuka dari jam 10.30 pagi hingga 6 petang setiap hari dan tutup pada Jumaat.

Menurut Yaakob, penggunaan santan kelapa sawit itu bukanlah untuk menghentikan kebergantungan terhadap sanntan kelapa yang telah digunakan sejak dahulu lagi. Tetapi untuk mempelbagaikan pilihan kepada pelanggan.

“Pelbagai makanan lain boleh disajikan menggunakaan santan kelapa sawit termasuk nasi lemak, dodol, rendang dan kari,” katanya yang menjadikan cendol santan kelapa sawit untuk pelanggannya.

Inisiatif yang dilakukan Yaakob itu selari dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang mencadangkan agar pengguna dari negara ini beralih kepada santan kelapa sawit sebagai alternatif meningkatkan penggunaan bahan mentah sawit di negara kita.

Santan Kelapa Sawit Selari Dengan MPOB, Tingkatkan Penggunaan Bahan Mentah Sawit Negara

cendol santan kelapa sawit

Sesiapa yang berdekatan dengan Kluang dan ingin menikmati cendol santan kelapa sawit, bolehlah singgah dan rasa sendiri kenikmatannya.

Sumber: Bernama

Baca juga: OKU Tebar Roti Canai Terbang Guna Sebelah Tangan, Pelanggan Kagum Tengok Skill Peniaga Ini. Memang Power!

Download Nulled WordPress Themes
Download WordPress Themes
Download WordPress Themes Free
Download WordPress Themes
free online course
download redmi firmware
Tags: ais cendolcendolcendol santan kelapa sawit
ShareTweetSend

Related Posts

masak lebih 60 jenis lauk
Berita

Pernah Viral Masak Lebih 60 Jenis Lauk, Dari Berniaga Tepi Jalan Kini Peniaga Luah Rasa Syukur Dah Boleh Meniaga Dalam Kedai

Mac 27, 2023
84
Hotel Premiera
Berita

Hotel Premiera Kuala Lumpur Sediakan Bufet Ramadan Sajian Dari Pelbagai Negeri, Konsep ‘Selera Orang Kita’ Jadi Pilihan Hidangan

Mac 27, 2023
24
peniaga air balang
Berita

Peniaga Air Balang Jalanan Rugi 4 Balang Air Kerana Tercampur Dengan Air Hujan, Netizen Simpati & Doakan Rezeki Lebih Luas

Mac 27, 2023
62
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist