Isu mengenai harga makanan merupakan topik hangat yang menimbulkan pelbagai pendapat dari rakyat Malaysia. Semua mempunyai pendapat tersendiri mengenai harga. Ada yang berkira soal makanan, ada yang dengan senang hati tak kisah berbelanja untuk menikmatinya.
Baru semalam, seorang chef yang dikenali sebagai Chef Dave membangkitkan kembali komen yang pernah diterima oleh pengguna Facebook seketika dahulu di sesi LIVEnya semalam. Seorang pengguna pernah mengecam Chef Dave kerana selalu menikmati hidangan-hidangan dengan harga yang mahal.
Ditanyakan soal harga, Chef Dave menjelaskan bahawa setiap orang mempunyai bajet dan definisi tersendiri mengenai harga makanan. Soal caj penghantaran yang mahal pun Chef Dave berkongsi bahawa ramai diantara kita tidak sanggup untuk dikenakan caj penghantaran, namun Chef Dave mengajak kita semua untuk berfikir ke sudut lain.
Menurutnya, harga dan caj penghantaran makanan tersebut dapat membantu pengusaha dan rider untuk mencari rezeki, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang mencabar sekarang ini.
Kredit: LIVE Facebook ChefDave VeganJourney
Baca Juga: Buat Live Makan Di IG, Wanita Ini Menangis Bila Ditanya “Tak Teringin Ke Nak Anak?”