Aiskrim merupakan antara pencuci mulut yang terkenal dan enak dimakan pada bila-bila masa. Sangat menyejukkan, ia merupakan kegemaran ramai terutamanya di Malaysia di mana cuacanya agak panas sepangjang hari. Kalau dapat makan aiskrim memang best!
Oleh itu, terdapat pelbagai jenis aiskrim yang dijual di pasaran. Untuk lebih sedap, orang ramai juga berani mencuba pelbagai jenis kombinasi menarik. Seperti dahulu, aiskrim sering dimakan bersama kepingan roti. Kini viral di media sosial, orang ramai berani mencuba kombinasi yang lebih pelik seperti aiskrim dengan kentang goreng. Tapi percaya atau tidak, ada yang lebih pelik dari itu.
Terbaharu, seorang pengguna, the onlyaiman, telah memuat naik sebuah video dan berkongsi caranya menikmati aiskrim. Namun lain dari yang biasa, caranya mungkin nampak pelik di mata orang lain.
Sedang makan satay, nasi himpit dan kuah kacang bersama kawan-kawan, lelaki itu membeli aiskrim untuk dimakan sekali. Sedang seronok menikmati, tiba-tiba sahaja dia bertindak cicah askrim dengan kuah kacang yang ada. Nampak pelik tapi sedap dan menjadi ke kombinasi itu?
@theonlyaiman Aiskrim #kolej #fyp ♬ original sound – hanisha’s coolest bf
Kombinasi ini semestinya pelik dan belum dicuba oleh sesiapa. Tak terfikir pun, jadi bila menjengah di ruangan komen, orang ramai pula meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki itu yang telah mencelup aiskrim itu dengan kuah kacang satay.
Berfikir di luar kotak dan berani mencuba pelbagai jenis kombinasi menarik itu sangat dialukan tapi janganlah pula sehingga yang pelik-pelik pun nak cuba. Kan tak pasal-pasal kena kecam pula dengan orang ramai.
Kredit: TikTok the onlyaiman
Baca Juga: “Mood Dia Tak Baik Tu..”, Seronok Sambut Hari Jadi, Adik Kecil Ini Tiba-Tiba Sahaja Mengamuk