Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Cuak Bila Anak Hilang Di Pasar Pagi, Wanita Ini Puas Cari & Terkejut Bila Jumpa Di..

Cuak Bila Anak Hilang Di Pasar Pagi, Wanita Ini Puas Cari & Terkejut Bila Jumpa Di..

Kategori:
Anak Hilang

Menjaga anak-anak bukannya satu tugas yang mudah, terutamanya ketika mereka masih kecil dan lincah bermain. Oleh itu, ibu bapa perlu sentiasa memantau mereka bagi mengelakkan hal yang tidak diingini.

Namun, adakalanya ibu bapa terlalu sibuk tapi jangan terlepas dari pandangan kerana anak-anak boleh hilang dan berada di tempat yang tidak dijangka.

Cuak Bila Anak Hilang Di Pasar Pagi, Wanita Ini Puas Cari Dan Terkejut Bila Jumpa Di..

Seperti yang telah berlaku ke atas seorang wanita, aldariyahusna dan detik cemas itu telah dikongsikannya menerusi sebuah video yang telah dimuat naik di laman TikTok.

Barangkali keluar membeli di pasar pagi, dia membawa anaknya yang masih kecil bersama. Tidak dijelaskan bagaimana boleh berlaku, anaknya tiba-tiba hilang dari pandangan semasa dia sibuk mencari barangan. Anak Hilang

Mula risau dan cuak mencari, dia hingga pusing satu pasar pagi tapi masih lagi belum ditemui.

Ketika puas mencari dan hampir berputus asa, wanita itu dipanggil oleh bapanya yang merupakan seorang peniaga ikan di pasar tersebut. Dia terus membawanya ke lokasi anaknya. Anak Hilang

Terkejut melihatnya berada dalam tong ikan sedang bermain, dia hanya bersyukur kerana melihat anaknya berada dalam keadaan sihat sempurna. Tambahnya, dia hanya mampu sabar sahaja dengan gelagat anaknya yang kadang-kadang boleh membuatnya pening. Anak Hilang

Di ruangan komen pula, orang ramai terhibur melihat gelagat anak kecil itu. Menurut mereka, perkara ini sering berlaku, terutamanya bila meninggalkan anak di bawah jagaan datuknya.

“Atuk-atuk memang suka buat mak cucu dia cemas, kan?”, gelak seorang pengguna.

Manakala usik seorang pengguna pula, anaknya sangat pandai berlakon dan membuat ibunya risau. “Berlakun je tu minta tolong! Belakang mommy, dia lah orang yang terhappy.”.

Bila Tinggal Anak Dengan Atuknya, Ini La Yang Terjadi Anak Hilang

Anak-anak ini memang pandai buat ibu bapa pening dan panik setiap masa, kan? Nasib baik lah duduk dengan atuknya tapi itulah, kesian pula bila satu badan berbau ikan. Pandai dia mengusik ibu, kan?

Kredit: aldariyahusna

Baca Juga: “Frust Betul..” – Penat Masak Macam-Macam Lauk Untuk Keluarga, Wanita Ini Akhirnya Kecewa Bila..

tags: | | |