Umat Islam diwajibkan untuk menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan. Bulan yang mulia ini juga memberi peluang untuk para ibu bapa melatihkan anak-anak mereka untuk melaksanakan kewajipan tersebut.
Oleh itu, rata-rata ibu bapa turut mengajak anak-anak mereka berpuasa di bulan Ramadan bagi melatih mereka untuk membiasakan diri ketika menunaikan ibadah tersebut. Namun tak semua kanak-kanak berpuasa, hal itu boleh menguji mereka yang berbuat begitu
Mengunjungi sebuah majlis hari jadi bagi meraikan hari lahir kawannya, seorang adik kecil hanya mampu melihat kawan-kawannya menikmati sebiji kek kerana dia sedang mencuba sebaik mungkin untuk berpuasa pada hari tersebut.
Sepanjang majlis itu, semua kawan-kawannya kelihatan sangat seronok bermain dan makan sepotong kek setiap seorang tapi dia hanya mampu melihat. Tidak dapat makan, dia hanya mampu berbual dengan kawan yan seusia dengannya.
Ibunya yang melihat perkara itu turut berasa kasihan, lebih-lebih lagi apabila adik perempuannya yang tidak berpuasa dengan selambanya makan kek di hadapannya. Berat pula anak lelakinya yang baru sahaja berusia sembilan tahun itu diduga ketika di bulan yang mulia ini.
@aleeyazailanavenys kesian anak mama😅 www.avenys.com
♬ Ramadan – Arabic-Malay/Bahasa Version – Mostafa Abo Rawash
@aleeyazailanavenyskesian anak mama😅 www.avenys.com♬ Ramadan – Arabic-Malay/Bahasa Version – Mostafa Abo Rawash
Menjengah di ruangan komen video itu yang telah dikongsikan di laman TikTok, para netizen berasa bangga dengan kegigihan adik kecil itu untuk menjaga ibadah puasanya walaupun diuji dengan pelbagai pilihan makanan dan kek di majlis itu.
Berpuasa sepangjang hari selama dua belas jam bukanlah hal yang mudah, terutamanya bagi anak-anak kecil. Namun begitu, adik ini masih lagi cuba jaga puasa sebaik mungkin walaupun terpaksa menahan air liur dan melihat kawan-kawan menikmati sepotong kek yang begitu enak.
Kegigihan adik itu patut dipuji dan boleh menjadi contoh yang baik buat adik-adik di luar sana.
Kredit: aleeyazailanavenys
Baca Juga: Pekerja Domino Luah Rasa Kecewa Setelah Dimalukan Oleh Seorang Pelanggan Yang Ada PHD Gara-Gara..