Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Pekerja Domino Luah Rasa Kecewa Setelah Dimalukan Oleh Seorang Pelanggan Yang Ada PHD Gara-Gara..

Pekerja Domino Luah Rasa Kecewa Setelah Dimalukan Oleh Seorang Pelanggan Yang Ada PHD Gara-Gara..

Kategori:
pekerja domino

Dunia pekerjaan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dihadapi, terutamanya bagi mereka yang sentiasa berurusan dengan pelanggan seperti pekerja-pekerja restoran makanan segera.

Selain perlu menghadapi waktu pekerjaan yang tidak menentu, mereka juga perlu melayan pelbagai ragam pelanggan. Ada yang baik, namun ada juga segelintir pelanggan yang mempunyai perwatakan yang sebaliknya.

Pekerja Domino Luah Rasa Kecewa Setelah Dimalukan Oleh Seorang Pelanggan Yang Ada PHD

Terbaharu, seorang pekerja domino memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi pengalaman yang kurang menyenangkan yang telah berlaku pada dirinya baru-baru ini apabila telah berurusan dengan seorang pelanggan yang telah memalukannya di khalayak ramai.

Berkerja sebagai seorang pekerja di restoran makanan segera Domino, wanita itu mengambil pesanan seorang pelanggan lelaki yang hanya dikenali dengan nama Nur Muhammad. Namun apabila pelanggan itu dimaklumkan bahawa dia terpaksa menunggu selama 45 minit untuk pesannya disiapkan, dia mula mengamuk dan menuduh wanita itu tidak memiliki adab apabila melayannya. pekerja domino

Wanita itu cuba menenangkannya tapi tidak berhasil. Malah pelanggan tersebut mula menjerit dan meminta untuk berjumpa dengan penyelia cawangan Domino tersebut. Ketika berbicara, jelas lelaki itu masih lagi bengang dan turut memaklumkan mengenai pangkat pendidikannya. Tidak ditanya, dia dengan angkuhnya bahawa dia merupakan seorang pemegang PHD.

Sepanjang situasi yang tegang itu, wanita tersebut hanya mampu berdiam diri atas dasar menghormati pelanggan tersebut kerana dia merupakan seseorang yang lebih berusia dari dirinya.  pekerja domino

Dimalukan sebegitu di hadapan pelanggan lain dan rakan sekerja, wanita itu memaklumkan bahawa dia tidak akan memaafkan pelanggan itu. Dengan sikap sebegitu, memang tidak hairan mengapa pelanggan itu pernah menghadapi situasi yang kurang menyenangkan ketika pernah berada di England.

https://www.tiktok.com/@aishahrie/video/7089093290305309979?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145

@aishahrie Pause lah kalau nk baca#fypシ #pakcikphd #domino #cashierlife #LiveForTheChallenge ♬ suara asli – FHM14

Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut bersimpati dengan perkara yang telah menimpa wanita itu. Malah, ada juga yang memahami dan berkongsi pengalaman sama yang telah dialami.

Orang Ramai Bersimpati, Turut Kongsi Pengalaman Pahit pekerja dominopekerja domino

Pangkat dan tahap pendidikan tidak seharusnya dijadikan free pass untuk seseorang berkelakuan buruk terhadap insan lain. Jika ingin dihormati, seharusnya kita juga memiliki keperibadian yang elok dan melayani seseorang seperti cara kita ingin dilayan.

Kredit: aishahrie

Baca Juga: Mengadu Pasal Kerenah Pelanggan, Ramai Nasihat Rider Itu Supaya Lebih Bersyukur

tags: | | |