Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Jom Cuba Masker 2 Bahan Ini Untuk Kulit Tampil Cantik & Bebas Jerawat.

Jom Cuba Masker 2 Bahan Ini Untuk Kulit Tampil Cantik & Bebas Jerawat.

Kategori:
MASKER

Penampilan yang cantik dan wajah yang bebas dari segala cela menjadi idaman semua orang. Dengan pelbagai pilihan produk kecantikan di pasaran, pelbagai masalah kulit dapat dirawati. Namun, adakah semua produk selamat untuk diguna pakai?

Bagi anda yang masih mengenai kualiti produk di pasaran, boleh lah cuba cara semula jadi dengan masker ini untuk dapatkan wajah cantik dan bebas jerawat. Buat sendiri lebih bagus kerana ia bebas dari segala bahan kimia yang berbahaya. Nak tahu cara mudah untuk dapatkan wajah cantik? Jom baca perkongsian ini.

Masker Untuk Wajah Cantik Menggunakan 2 Bahan Sahaja

Bahan-Bahan

  • 1 uncang teh hijau (direndam dengan air panas sebentar)
  • 1 sudu kecil madu asli

Cara Amalkan Masker

  1. Campurkan kedua-dua bahan dan kacau sehingga sebati.
  2. Sebelum menggunakan masker, bersihkan wajah sehingga bersih terlebih dahulu.
  3. Sapukan pada seluruh wajah, pijat-pijat wajah secara perlahan untuk membantu mengangkat sel kulit mati dan kotoran dari pori.
  4. Kemudian, biarkan masker kering sekejap selama 5 hingga 10 minit dan bilas dengan air suam.

Nota: Untuk hasil yang lebih memuaskan, amalkan masker ini 2 atau 3 kali seminggu.

MASKER MASKER

Mesti ramai tertanya; betul ke madu dan teh hijau berkesan? Umum sudah tahu bahawa madu merupakan bahan yang mempunyai banyak sangat khasiat dan kebaikan.

Bukan sahaja untuk dimakan, malah banyak produk kecantikan menggunakan ekstrak madu kerana ianya mampu mengurangkan kemerahan, tenangkan kulit meradang dan hilangkan bakteria jerawat.

Teh hijau pula bersifat anti-radang yang dapat mengurangkan inflamasi dan dapat mengurangkan masalah kulit berminyak yang sering menjadi punca jerawat.

Tak salah pun jika anda mengamalkan cara ini untuk wajah yang cantik. Yang penting selamat dan mudah.

Kredit: Zuraida Mat Adam

Baca Juga: Amalkan Minuman Ini Untuk Kurangkan Perut Yang Buncit & Tampil Slim, Guna 2 Bahan Saja.

 

tags: |