Bagi sesetengah orang, daging adalah lauk yang sedap dimakan lebih-lebih lagi jika memasaknya dengan cara kampung. Ada yang menyukai daging dengan menggorengnya sahaja ditambah dengan hirisan bawang besar dan cili padi.
Selain itu, daging masak kicap juga menjadi kegemaran orang ramai kerana ia adalah hidangan yang menyajikan lauk dan kuah. Amatlah sedap jika makan dengan nasi panas.
Tetapi, untuk resepi kali ini, kami akan kongsikan satu masakan daging yang ala-ala kicap tetapi ia lebih sedap kerana mempunyai kuah yang lebih pekat dan hitam. Daging ini dinamakan daging masak hitam Penang style
Jadi, untuk kali ini, selain makan daging masak kicap biasa, cuba try daging masak hitam ini pula! Bayangkan kuah yang pekat masuk ke dalam mulut! Pasti sedap. Untuk tambahan, jika ingin versi pedas, boleh tambah cili api. Sebab sesetengah orang yang suka pedas takkan selera jika lauk tiada rasa pedas.
Tetapi, perlu diingatkan, untuk yang suka makan pedas, mesti berpada-pada tau!
Selamat mencuba dan menikmati! Semoga bermanfaat ya!
Kredit: Nazira Zainal Abidi
Baca juga: Rendang Lain Dari Yang Lain, Resepi Rendang Ikan Tenggiri Hidangan Buat Tambah Nasi