Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Netizen Dakwa Wanita Ini Kejam Gara-Gara Kongsi Video Bakar Belangkas

Netizen Dakwa Wanita Ini Kejam Gara-Gara Kongsi Video Bakar Belangkas

Kategori:
BAKAR BELANGKAS

Belangkas merupakan haiwan laut yang masih lagi asing buat sesetengah orang. Enak dimasak dalam pelbagai cara, ianya selalunya dibakar untuk dimakan bersama ulam dan sambal.

Seperti mana-mana haiwan dalam ajaran agama Islam, Belangkas merupakan haiwan yang perlu dilayan dengan penuh ehsan dan perikemanusiaan walaupun ingin memasaknya. Namun, hal yang sebaliknya pula yang dilakukan oleh seorang wanita di laman TikTok.

Kongsi Video Bakar Belangkas

Baru-baru ini, seorang pengguna laman TikTok, safrinabalqis01, memuat naik sebuah video dan berkongsi belangkas yang dimasak olehnya untuk dimakan.

Dimasak untuk dijadikan lauk, belangkas yang sedang dibakar di atas dapur arang bersama cili hijau bagaimanapun kelihatan masih lagi bergerak-gerak dan hidup, dimasak secara perlahan-lahan. BAKAR BELANGKAS

https://www.tiktok.com/@safrinabalqis01/video/7057943660956044571?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7014289098874471937

@safrinabalqis01Goodbye myfriend 😢👋🏻

♬ Saat Terakhir – ST12

Walaupun video itu mungkin kelihatan seperti video yang biasa bagi mereka yang menonton, ada juga yang berasa kurang senang dengan tindakan wanita itu dan mendakwa bahawa dia dengan sengaja telah menyeksa haiwan itu.

Jangan Bertindak Kejam

Jelas video itu telah mendapat reaksi negatif dan para netizen memohon padanya agar tidak bertindak sedemikian kerana tindakannya telah menyakitkan haiwan tersebut. BAKAR BELANGKAS

Sebagai seorang manusia yang memiliki perasaan dan berhati perut, janganlah kita menyiksa haiwan. Walaupun makanan, layanlah ia dengan penuh ehsan dan belas kasihan.

Kredit: TikTok safrinabalqis01

Baca Juga: Pesan Nasi Goreng Vegetarian, Gelagat Dua Wanita Ini Pun Buat Rider Foodpanda Hairan

tags: |