Sudah menjadi sebahagian dari budaya Malaysia untuk menyediakan doorgift buat tetamu bila mengadakan majlis. Dilakukan sejak dahulu lagi, amalan tersebut adalah untuk menghargai kehadiran tetamu di majlis tersebut.
Jika dilihat sekarang, orang ramai makin kreatif dengan doorgift yang disediakan. Ada yang masih lagi memberi yang simple seperti bunga telur dan keropok kering, ada juga yang memilih untuk memberi hadiah lain seperti roti dan tuala muka. Paling menarik ada juga yang akan menyediakan doorgift yang sangat berguna dan boleh digunakan sebagai bahan memasak di rumah.
Baru-baru ini, seorang wanita telah ke sebuah majlis perkahwinan bagi meraikan hari bahagia sahabat terdekat. Bila ke sana, dia telah menerima satu kotak doorgift yang istimewa dan lain dari yang lain.
Melakukan unboxing bila berada di dalam kereta untuk pulang ke rumah setelah selesai urusan di majlis itu, hadiah yang telah disediakan oleh tuan majlis adalah seperti berikut; satu peket perencah nasi goreng, perencah oden dan tepung cucur udang, kesemuanya dari jenama Adabi. Tambahnya, dia gembira dengan doorgift tersebut kerana ia sangat berguna dan boleh digunakan untuk memasak di dapur.
@olalamarketing Best pulak makan kenuri harini dapat doorgift rare #adabi #doorgifts #fyp
@nfnajah Best pulak makan kenuri harini dapat doorgift rare #adabi #doorgifts #fyp ♬ Di Renjis-Renjis – R.Ismail
Menjengah di ruangan komen video yang telah dikongsikan di laman TikTok itu, orang ramai turut berasakan bahawa doorgift tersebut merupakan hadiah yang sangat berguna. Tidak membazir, mereka lebih suka menerima sagu hati seperti ini.
Nampaknya orang ramai lebih suka doorgift seperti ini. Tidak membazir dan sangat berguna, nampaknya bakal-bakal pengantin dah boleh borong perencah-perencah dari jenama Adabi untuk dijadikan sebagai doorgift.
Kredit: TikTok nfnajah
Baca Juga: “Seriau Tengok…”, Kawan Benam Kepala Atas Kek, Lidi Panjang Hampir Terkena Pada Mata!