Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Pelanggan Tak Puas Hati Dapat Straw Kecil Bila Pesan Air Special, Akhirnya Peniaga Ini Beri..

Pelanggan Tak Puas Hati Dapat Straw Kecil Bila Pesan Air Special, Akhirnya Peniaga Ini Beri..

Kategori:
straw kecil

Straw plastik yang digunakan bukan ada satu jenis, tapi memang macam-macam rupa, saiz dan bentuk yang ada di pasaran. Setiapnya untuk kegunaan yang berlainan.

Jadi sebagai pengusaha kedai makan, kita perlu menggunakan straw yang bersesuaian dengan minuman pelanggan. Kalau tersalah beri, tentu ia menjadikannya sukar untuk mereka minum, akhirnya pelanggan akan berasa tidak puas hati.

Pelanggan Tak Puas Hati Dapat Straw Kecil Bila Pesan Air Special, Akhirnya Peniaga Ini Beri..

Terbaharu, seorang lelaki mohdharifhouzey telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi kisah lucu yang terjadi ke atas dirinya.

Mengunjungi sebuah kedai makan, dia telah memesan secawan air sirup nata de coco untuk menghilangkan dahaga.  straw kecil

Namun begitu, peniaga mengenakan straw kecil pada minuman yang telah dipesannya. Hal itu membuatnya berasa sangat tidak puas hati kerana sukar untuk diminum. straw kecil

Lelaki itu segera mendapatkan peniaga dan meminta straw yang lebih sesuai untuk menghirup minumannya.

“Adoi! Ada ke patut dia bagi straw kecil? Nak sedut macam mana? Air special, special dah.”, keluhnya.

Akhirnya, peniaga datang dan menghulurkan tiub getah paip untuk digunakan lelaki itu. Dia juga terkedu apabila melihat tiub tersebut.

straw kecil

@mohdharifhouzey 😑#nasiganjasp ♬ original sound – mohdharifhouzey

Menjengah di ruangan komen, orang ramai sangat terhibur melihat video tersebut. Jelas, hal yang dikongsikan sekadar gurauan dan tiada unsur yang serius.

Ramai juga yang tergelak apabila melihat rupa peniaga itu yang selamba sahaja memberi muka tak bersalah saat menghulurkan getah paip tersebut.

Ramai Pecah Perut Bila Tengok Muka Akak Tu straw kecil

Adui, peniaga pun pandai juga bergurau ya dengan pelanggan. Orang minta straw yang lebih besar, terus dia bagi getah paip. Tapi tak salah juga kan? Asal bersih, hirup minuman terus habis!

Kredit: mohdharifhouzey

Baca Juga: “Kita Ni Cuma Menumpang..” – Baru Sahaja Nak Minum Air, Lelaki Ini Tak Tahan Ada ‘Makhluk’ Biadab Di Meja Makan

 

tags: | | | |