Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Tular & Hangat » Darsa Fried Chicken Tambah Baik Waktu Tunggu Tempahan Hingga 2 Jam, Mahu Beri Keselesaan Pada Pelanggan

Darsa Fried Chicken Tambah Baik Waktu Tunggu Tempahan Hingga 2 Jam, Mahu Beri Keselesaan Pada Pelanggan

Kategori:
Darsa Fried Chicken

Dengan tularnya Darsa Fried Chicken (DFC) baru-baru ini, ramai orang berkunjung ke sana untuk mencuba sendiri rasa ayam goreng Darsa yang menjadi sebutan ramai.

Oleh hal demikian, restoran yang baru dibuka itu mengalami sistem menunggu yang agak lama sehingga ada pelanggan yang terpaksa mengambil masa 2 jam untuk menunggu hidangan siap.

Darsa Fried Chicken Tambah Baik Krisis Tunggu Tempahan Hingga 2 Jam, Mahu Beri Keselesaan Pada Pelanggan

Terdahulu, mereka mengalami  2 faktor yang menjadi masalah utama. Pertamanya adalah restoran mereka dikunjungi oleh pelanggan dari serata negara yang mengunjungi cawangan satu-satunya. Selain itu, masalah berkenaan saiz keluasan dapur ayam amat terhad.Darsa Fried Chicken

Terbaharu, kenyataan berkenaan penambahbaikan masa menunggu oleh Darsa Fried Chicken Official menerima sambutan baik orang ramai.

Dalam kenyataan di laman Facebook, DFC berkata bahawa mereka sudah berjaya menambah baik sehingga 70%-80% masalah berkenaan krisis menunggu tempahan yang diwar-warkan orang ramai.

“Kami dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa sistem panggilan nombor giliran di Restoran Ayam Goreng Darsa telah dikemaskini dan ditambah baik.

“Penambahbaikan ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan keselesaan anda semasa menunggu giliran. Terima kasih atas sokongan berterusan anda,” jelasnya pada kenyataan di laman Facebook.

Sudah Tambah Baik Hingga 80%

Melihat kepada komen netizen, ramai yang meletakkan harapan tinggi kepada DFC untuk menjaga kualiti produk dan sistem menunggu untuk membawa jenama itu gah di negara Malaysia.

“Saya nampak jenama Darsa ini tak lama lagi akan overcome jenama besar di Malaysia. Terus lah tambah baik dan keep forward. Semoga terus berkembang,” kata seorang netizen.

Sumber: Darsa Fried Chicken Official 

Baca juga: Muzium Sweden Klasifasikan Durian Antara Makanan Menjijikkan, Kenyataan Itu Cetus Perdebatan Ramai

tags: | |