Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Muzium Sweden Klasifasikan Durian Antara Makanan Menjijikkan, Kenyataan Itu Cetus Perdebatan Ramai

Muzium Sweden Klasifasikan Durian Antara Makanan Menjijikkan, Kenyataan Itu Cetus Perdebatan Ramai

Kategori: ,
disgusting food museum durian

Durian yang digelar sebagai “raja buah” di Asia Tenggara, adalah buah yang terkenal dengan bau yang sangat kuat dan tekstur yang unik.

Di beberapa negara seperti Malaysia, Indonesia, dan Thailand, buah ini dianggap sebagai makanan istimewa yang sangat digemari.

Namun, di negara-negara Barat bau durian sering dianggap tidak menyenangkan, malah ada yang menyamakannya dengan bau bawang busuk.

Bercerita tentang durian, seorang lelaki telah berkongsi kisah makan makanan menjijikkan di Muzium Makanan Paling Menjijikkan (Disgusting Food Museum). disgusting food museum durian

Durian Antara Makanan Paling Menjijikkan Dipamerkan Di Muzium Swedendurian

Menurut hantaran di laman Instagram milik bukhadurov, dia telah pergi ke muzium tersebut untuk mencuba pelbagai jenis makanan.

Muzium yang terkenal kerana mempamerkan makanan yang dianggap pelik dan menjijikkan oleh sebahagian orang dari pelbagai budaya di seluruh dunia.

Antara makanan yang terdapat di muzium itu adalah (sup kelawar buah dari Guam), (tikus belanda dari Peru), (kumbang busuk dari Afrika Selatan) dan yang paling mengejutkan terdapat juga buah durian.durianduriandisgusting food museum durian

Hal ini telah mengundang pelbagai reaksi dan kecaman daripada netizen, khususnya dari kalangan masyarakat Malaysia.

Fenomena ini mencerminkan perbezaan persepsi budaya terhadap makanan dan menimbulkan perbincangan menarik mengenai bagaimana sesuatu yang dianggap lazat dalam satu budaya boleh dianggap sebaliknya dalam budaya lain.

Video penuh di sini: Instagram 

Menurut komen netizen, ramai yang tidak setuju apabila durian dipamerkan disitu kerana ia mempunyai rasa yang unik dan sangat sedap.

“Durian Sedap, Makanan Kegemaran Saya” – Netizen

“Durian tidak menjijikkan, ia merupakan buah kegemaran saya sepanjang masa”

disgusting food museum durian

“Bukan menjijikkan. Ia merupakan sejenis buah eksotik yang sangat sedap di Asia dan juga agak mahal”

disgusting food museum durian

Ini menunjukkan bagaimana satu makanan boleh dianggap lazat oleh satu budaya tetapi menjijikkan oleh budaya lain. Raikan segala budaya dan citarasa masing-masing.

Sumber: Bukhadurov, Vocket

Baca juga: Ini Cara Buat Garlic Butter, Boleh Gunakan Untuk Sapu Pada Roti & Steak. Confirm Lebih Sedap!

tags: | |