Dendeng daging begitu terkenal dan sangat sedap! Rasanya yang pedas, manis dan sedikit masin menjadikannya kegemaran ramai. Ramai yang sangka penyediaannya susah tapi jika mempunyai periuk Noxxa, mudah sahaja!
Bagi anda yang nak cuba, ini caranya untuk buat dendeng daging asli padang yang telah dikongsikan oleh Ahmad Hasnal Bin Abdullah di grup Masak Apa Hari Ni (MAHN) Ikuti perkongsian ini untuk ketahui caranya.
Resepi Dendeng Daging Asli Padang, Serius Sedap! Guna Periuk Noxxa Untuk Lebih Mudah
Bahan-bahan
- 1/2 kg daging lembu
- 20 biji cili merah (ditumbuk kasar)
- Secubit garam
- Serbuk kunyit
- 1 sudu kecil pes asam jawa
- 1 sudu besar gula
- 2 sudu kecil belacan
- 5 biji bawang kecil (ditumbuk)
- 1 labu bawang besar (ditumbuk)
Cara penyediaan guna periuk Noxxa
- Masukkan daging yang telah dipotong dan dibasuh ke dalam periuk Noxxa. Masukkan sedikit garam secukup rasa dan serbuk kunyit. Kacau sehingga rata.
- Kita akan rebus daging ini menggunakan mode Tekanan Tinggi selama 20 minit. Tekan “High Pressure” sebanyak 20 kali (bermaksud 20 minit) dan tekan butang “On” pada periuk Noxxa (dapatkan di sini).
- Bila sudah selesai 20 minit, buka tudung dan jika masih ada air rebusan daging, buangkan air.
- Masukkan minyak masak agak melepasi daging.
- Jangan tutup tudung, tekan butang “Stir Fry” dan tekan butang “On”. Biar daging digoreng sehingga kuning-kekuningan. Pada masa yang sama, kacau sekali sekala. Biasanya dalam 15 minit dah cukup. Tekan butang “Off”.
- Keluarkan daging, biarkan minyak di dalam periuk. Masukkan cili merah yang telah ditumbuk tadi, bersama bawang dan belacan. Jangan tutup. Tekan butang “Stir Fry”.
- Masukkan sedikit gula, sedikit sangat garam, dan sedikit pes asam jawa. Sambil itu, kacau sekali sekala sampai nampak cili merah dah masak, biasanya dalam 10 minit.
- Masukkan daging yang kita keluarkan selepas digoreng tadi. Kacau sehingga sebati.
- Rasa cili merah tu, apa yang kurang, biasanya dah cukup rasa dah. Kalau kurang masin, tambahkan sedikit garam dan biarkan selama 5 minit.
- Selesai, pindahkan ke dalam mangkuk.
- Sedia untuk dimakan.
Jadi mudah sahaja kerja bila ada periuk Noxxa ini, kan? Masak dendeng daging asli padang jadi sekejap sahaja! Tak perlu tunggu lama, hidangan ini memang sedap dimakan bersama sepinggan nasi putih.
Selamat mencuba!
Kredit: Ahmad Hasnal Bin Abdullah di grup Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Baca Juga: Pernah Dengar Kuih Perut Ayam? Jom Buat Kuih Ini Dengan Resepi Yang Paling Ringkas!