Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Dihina Ramai Gara-Gara Kerja Sebagai Pegawai Keselamatan & Makan Maggi Tiap Bulan, Rupanya Lelaki Ini..

Dihina Ramai Gara-Gara Kerja Sebagai Pegawai Keselamatan & Makan Maggi Tiap Bulan, Rupanya Lelaki Ini..

Kategori:
pegawai keselamatan

Zaman sekarang, ramai yang bergelut untuk mencari pekerjaan tetap bagi menampung kos hidup yang semakin meningkat. Ada juga individu yang tidak memilih dengan pekerjaan yang dilakukan, asal ia Halal dan mencukupi.

Akur dan terpaksa melakukan pekerjaan yang ada, ramai anak muda yang berkerja sebagai tukang cuci, pengawai keselamatan dan pekerja lori sampah. Walaupun ia mulia, masih ada segelintir masyarakat yang memandang hina terhadap mereka.

Dihina Ramai Gara-Gara Kerja Sebagai Pegawai Keselamatan & Makan Maggi Tiap Bulan, Rupanya Lelaki Ini..

Di laman TikTok, seorang pengguna hababi_tiktok_3k telah memuat naik sebuah video untuk berkongsi kisah sedih yang dialaminya setiap hari gara-gara berkerja sebagai pegawai keselamatan.

Mungkin tersempit atau atas beberapa faktor yang tidak dapat dijelaskan, dia hanya mampu bekerja sebagai pegawai keselamatan demi mencari rezeki. Walaupun pekerjaan yang dilakukan itu tidaklah semegah seperti mereka di luar sana, pendapatannya mampu menampung perbelanjaannya. pegawai keselamatan

Namun adakalanya dia perlu berjimat-cermat dan mengawal perbelanjaannya. Oleh itu, terpaksalah makan Maggi sekali-sekala kerana ia sangat murah berbanding makanan lain yang dijual. pegawai keselamatan

Pekerjaannya juga telah menyebabkan dirinya dihina oleh orang-orang sekelilingnya. Tambahan pula dia hanya membawa dua keping RM5 dan beberapa RM1 dalam dompet. pegawai keselamatan pegawai keselamatan

Walaupun kesal dengan layanan orang ramai terhadap dirinya gara-gara pekerjaan yang dilakukan, sebenarnya mereka tidak tahu bahawa dia juga menyimpan wang yang berjumlah besar di biliknya.

@hanabi_tiktok_3k hmm nasib la kita kerja security je…gaji sikit je#fyp #orangpandanghinakita ♬ suara asli – meydarahma

Meninjau di ruangan komen, orang ramai yang mempunyai mata yang tajam menyedari wang tunai yang tersusun rapi di atas katilnya. Walaupun hanya sepintas lalu, mereka sempat melihatnya. Siapa kata kerja pegawai keselamatan tak ada duit?

Netizen Mata Tajam, Sedar Lelaki Itu Berduit pegawai keselamatan

Tambahan pula, ada beberapa netizen yang turut memberinya semangat untuk meneruskan perkerjaan itu, pedulikan kata orang asalkan apa yang dilakukan itu Halal dan mencukupi.

Jangan Layan Kata Orang, Yang Penting Halal pegawai keselamatan

Orang yang tak berada di situasi dan tempat kita akan mudah menghakimi setiap perkerjaan dan perkara yang kita lakukan. Padahal dia tidak tahu suka dan duka yang perlu diharungi.

Walaupun begitu, tahniah abang kerana dapat menyimpan wang yang banyak. Makan Maggi tiap bulan pun tak apa, yang penting ada simpanan untuk masa depan.

Kredit: hababi_tiktok_3k

Baca Juga: Anak Minta Air Milo Tin Tiap Hari, Ibu Ini Tak Mampu Nak Beri. Akhirnya..

tags: | |