Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Dikritik Hebat Tak Jaga Kualiti Air Balang, Syahmi Sazli Buka Mulut & Jelaskan Isu Sebenar

Dikritik Hebat Tak Jaga Kualiti Air Balang, Syahmi Sazli Buka Mulut & Jelaskan Isu Sebenar

Kategori:
syahmi sazli jelaskan isu air balang

Pasti ramai yang mengenali Syahmi Sazli ini, seorang youtuber yang cukup terkenal menghasilkan drama spontan yang berkualiti. Bermula dari seorang youtuber, dia pula membuka langkah  menceburi bidang pengambaraan dan penghasilan filem.

Cukup luar biasa, kerana usaha gigihnya selama ini membuahkan hasil. Manakala pada bulan puasa yang lepas, Syahmi Sazli mula membuka perniagaan air balang. Semenjak dari itu, dia masih tidak menghentikan lagi perniagaan minuman tersebut.

Hari demi hari, pelanggan semakin ramai. Tidak kira sama ada pelanggan dari kawasan setempat mahu pun dari jauh. Ramai yang sanggup beratur panjang demi merasai sendiri keenakan air balang Syahmi Sazli ini.

Tular video review air balang dari seorang wanita

Bermula dari dalam plastik sehinggalah kini kepada hidangan dalam botol. Ramai yang berebut untuk mendapatkannya. Pelbagai maklumbalas baik yang diterima dari pelanggan. Namun terbaharu, ada seorang pelanggan wanita dilihat membuat review terhadap beberapa jenis air balang Syahmi Sazli sehingga menarik perhatian ramai.

Video yang tular di aplikasi TikTok dari yanalee270 itu telah memaparkan wanita berkenaan mencuba semua air balang viral dan meninggalkan pendapat peribadinya mengenai rasa setiap air balang itu.

Yana juga dilihat sempat memberitahu dia dikenakan caj sebanyak RM15 oleh runner. Ekoran video tersebut, pelbagai reaksi dan pendapat yang ditinggalkan oleh warga TikTok. Ada yang mengkritik bahawa air balang Syahmi Sazli tidak seperti awal pembukaannya dan ada juga yang mengkritik hebat akan caj penghantaran yang dikenakan.

Syahmi Sazli tampil buka mulut, jelaskan isu sebenar air balang

Ekoran video yang dikongsikan oleh Yana tersebut tular, Syahmi Sazli tampil dengan menjelaskan beberapa perkara. Menurut Syahmi Sazli menerusi aplikasi TikTok miliknya, berkenaan dengan isu runner dan reseller, dia tidak pernah membuka sebarang penerimaan bahagian tersebut untuk perniagaan air balangnya.

Disebabkan itu, dia tidak akan bertanggungjawab dari segi harga dan rasa sekiranya pengguna tersebut membeli dari runner seperti yang diperkatakan. Syahmi turut memberitahu jika ada runner yang mengaku di bawah Syahmi, maksudnya runner tersebut menipu.

Tambah Syahmi lagi, buat masa sekarang dia lebih mengutamakan pelanggan ‘walk-in‘ dengan harga RM5 sebotol dan air balang tersebut perlu diminum sekurang-kurangnya dalam masa 3 jam.  Jelas Syahmi lagi, minuman yang dibeli melalui orang tengah seperti runner berkemungkinan sudah lama. Mereka terpaksa mengumpul pesanan terlebih dahulu sebelum diagihkan kepada pelanggan.

Mengulas lanjut berkenaan dengan kualiti air balang, youtuber hebat ini sangat menitikberatkan soal kualiti air balang yang dijual. Setiap kali menyediakan air, Syahmi akan meminta pekerjanya mencuba terlebih dahulu apakah rasanya sama ataupun tidak.

https://www.tiktok.com/@syahmi_sazli/video/7132465836157160731?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&item_id=7132465836157160731

@syahmi_sazli♬ original sound – Syahmi Sazli

Semoga dengan apa yang dijelaskan oleh Syahmi Sazli ini dapat membuka mata kita semua. Lihatlah, betapa Syahmi Sazli menjaga kualiti air balangnya sehingga kini ia masih bertahan. Ya, orang cakap dia ada nama namun walau hanya sekadar nama namun kualitinya tidak elok, pasti tetap tidak boleh bertahan lama kan?

Baca juga: “Sila Hati-Hati..” Straw Seperti Dipotong, Wanita Ini Syak Peniaga Gunakan Semula

tags: | | |