Nasi goreng memang menjadi kegemaran ramai, ia juga boleh dinikmati sebagai sarapan pagi yang mengenyangkan perut.
Terdapat pelbagai cara untuk menyediakannya tapi kalau untuk sarapan, tentu kita mahu jenis nasi goreng yang mudah dan ringkas sahaja untuk disediakan. Di sini, Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi caranya menyediakan nasi goreng chili flakes.
Nak tahu caranya? Baca artikel ini secara lebih lanjut.
Doktor Ini Kongsi Cara Buat Nasi Goreng Chili Flakes, Tak Perlu Banyak Bahan Pun Tetap Sedap!
Bahan-bahan
- 2 hidangan nasi sejuk
- 1 kiub ikan bilis atau ayam
- 2 sudu besar empingan cili – guna jenama ini
- 2 biji telur
- 1 biji bawang merah
- Gula secukup rasa
- Minyak masak
Cara-caranya
- Tuangkan minyak dalam kuali dan panaskan. Tumis bawang hingga wangi.
- Bila bawang sudah keemasan, masukkan empingan cili (Kalau tiada empingan cili, gunakan cili kering yang ditumbuk atau dikisar kasar pun boleh).
- Tumis bawang dan empingan cili sampai warnanya menjadi meriah seperti dalam gambar. Gunakan api sederhana bagi mengelakkan empingan cili mudah hangus.
- Kemudian, masukkan nasi. Gaul hingga sebati.
- Sekarang perasakan dengan kiub ikan bilis atau ayam. Kemudian, letakkan sedikit gula bagi mengimbangkan rasa nasi goreng.
- Akhir sekali, letakkan telur. Pastikan telur masak sepenuhnya.
- Siap dan sedia untuk dihidangkan!
Sekejap saja sudah siap nasi goreng chili flakes ini. Nampak ringkas sahaja tapi percayalah, rasanya memang sedap!
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.
Kredit: Kamarul Ariffin Nor Sadan
Baca Juga: “Paling Laku Kalau Jual..”, Wanita Kongsi Resepi Mi Kuah Turun Temurun Kelantan Style