Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Terkena Minyak Panas? Doktor Ini Sarankan Untuk Elakkan Petua Ini Kalau Tak Mahu Makin Parah!

Terkena Minyak Panas? Doktor Ini Sarankan Untuk Elakkan Petua Ini Kalau Tak Mahu Makin Parah!

Kategori: ,
MINYAK PANAS

Ramai diantara kita takut untuk ke dapur. Lebih-lebih lagi jika diminta menggoreng, terus tolak permintaan tersebut kerana gerun dengan minyak yang panas.

Malah, terdapat beberapa individu yang trauma untuk memasak setelah terkena minyak panas yang akhirnya meninggalkan parut pada kulit mereka. Bagi yang selalu ke dapur, terkena minyak itu perkara yang biasa. Namun, masih ramai tak tahu cara yang mudah untuk merawatnya.

Terdapat pelbagai petua yang digunakan oleh masyarakat kita untuk legakan kesan kelecuran, namun tahukah anda perkara tersebut boleh mendatangkan kesan yang memudaratkan?

Kalau Dengar Sesiapa Cakap Kena Minyak Panas Letak Colgate, Penampor Je!

Malah, di laman Twitter pernah dikongsikan oleh seorang doktor gambar seorang individu kesan amalkan petua colgate pada kulit yang terkena minyak panas. Hasilnya, tangannya kelihatan bengkak dan kering.

MINYAK PANAS

Tambahnya, anda perlu elakkan beberapa lagi bahan yang sering digunakan untuk melegakan kelecuran seperti; ubat gigi, minyak gamat, tepung, kicap, telur dan sebagainya di kawasan lecuran. Ini kerana ia boleh menyebabkan inflamasi bertambah lebih teruk dan berisiko terkena jangkitan.

Dapatkan Rawatan Yang Professional.

Tambahnya, anda perlu amalkan langkah yang tepat setelah mengalami kelecuran pada kulit. Jika kelecuran tersebut berada pada tahap yang parah, dapatkan rawatan doktor dengan segera.

MINYAK PANAS

MINYAK PANAS

Petua orang dahulu ada bagusnya tapi jangan lah kita suka hati amalkan tanpa usul periksa. Boleh jadi jika tersalah alamat boleh datangkan kesan buruk pada kesihatan kita. Jadi, lakukan penyelidikkan dan dapatkan nasihat pakar dahulu jika menerima apa-apa info.

Semoga bermanfaat!

Kredit: Twitter @dr_chaku

Baca Juga: Ini Petua Untuk Merawat Masalah Gastrik & Pedih Ulu Hati. Cuma Perlu 2 Bahan Sahaja Dah Berkesan.

tags: |