Bagi ibu bapa yang sedang risau kerana anak-anak menghidap penyakit asthma. Mungkin perkongsian ini akan bermanfaat buat kalian. Seorang doktor perubatan Mazliana Mazlan yang juga doktor terkenal di media sosial sering berkongis tentang pemakanan kanak-kanak.
Pada kali ini, dia berkongsi bagaimana pemakanan boleh mempengaruhi kesihatan anak-anak yang menghidap penyakit asthma ini di laman Facebooknya. Jadi dia berkongsi 10 makanan untuk anak-anak yang ada asthma makan.
“Tak ada satu pun dari makanan ni, yang terus boleh hilangkan asthma anak sebenarnya. Tapi jika kita ubah sikit diet anak, banyakkan makanan real food macam ni, kurangkan sebanyak mungkin makanan ultra proses, insyaAllah kita akan nampak perubahan yang sangat ketara,” katanya dalam pekrongsian 10 jenis makanan untuk anak ada asthma berkenaan.
Doktor Kongsi 10 Jenis Makanan Untuk Anak Ada Asthma, Boleh Dapat Perubahan Positif Ketara
- epal
- oren
- delima
- kacang almond
- ikan
- halia
- kunyit
- bayam
- tomato
- carrot
- Semua real food yang hanya 1 bahan je. Masukkan dalam menu harian dan mingguan anak-anak. Real food macam ni, boleh kurangkan radang pada paru-paru dan tubuh anak. Asthma kurang nak menyerang, atau kalau datang, insyaAllah cepat sembuh.
- Syaratnya, ultra processed food kena tinggal dulu. Sebanyak mana pun makanan sebenar yang sihat kita bagi anak, tapi kalau hari-hari anak masih ambil makanan tinggi proses, tetap juga asthma anak akan susah nak sembuh.
- Makanan boleh jadi baja untuk tubuh anak. Makanan jugak boleh jadi racun untuk tubuh anak.
Tugas kita kan, nak pilih yang mana. Kita buat sama-sama ya, moga Allah berikan petunjuk untuk kita pilih yang baik-baik buat anak. Semoga perkongsian ini beroleh manfaat buat semua. Selamat membaca perkongsian 10 jenis makanan untuk anak ada asthma mengamati dan mengamalkannya.