Jeragat berlaku apabila kawasan kulit tertentu menjadi lebih gelap atau tebal. Perubahan warna ini menjadikan kulit kelihatan kusam dan tidak setona. Bintik-bintik gelap ini disebabkan oleh pengeluaran melanin yang berlebihan akibat terdedah kepada sinar UV.
Untuk hilangkan pudar parut jeragat, anda boleh cuba petua hilangkan dengan menggunakan dua bahan sahaja yang dikongksikan oleh Zana Mokhtar di Facebook.
Cara Hilangkan Pudar Parut Jeragat Menggunakan Dua Bahan Di Dapur
BAHAN YANG DIPERLUKAN
CARA PENYEDIAAN
- Bersihkan kentang terlebih dahulu dan kisarkan sehingga menjadi halus.
- Campurkan kentang yang dikisar tadi dengan perahan lemon. Kemudian, gaulkan sehingga sebati.
- Masukkan ke dalam bekas kiub ais dan simpan ke dalam peti sejuk.
- Bersihkan wajah terlebih dahullu supaya kiub masker kentang ini dapat bertindak bagus dalam kulit.
- Ambil seketul kiub masker kentang itu dan sapu pada keseluruhan wajah terutama pada kawasan jeragat banyak sehingga kiub itu cair.
- Sapu dengan lembut tau jangan sapu dalam keadaan kasar pada muka.
- Kemudian, bilas dengan air bersih.
- Boleh pakai setiap hari dan seeloknya pakai sebelum nak tidur.
Nota:
- Kentang ni sangat tinggi oksidan jadi dia mampu pudarkan jeragat. Lagi satu kentang ni bagus juga untuk dark circle bawah mata tu tau. Kekna selalu guna letak bawah mata memang hilang dan segar je.
- Dan lemon pula sebagai agen pencerahan kulit yang bagus jadi ia bertindak peluntur kepada bintik bintik jeragat tu.
Sangat mudah kan? Anda boleh la try ni untuk hilangkan pudar parut jeragat. Apa kata anda gunakan cara ini terlebih dahulu daripada guna produk skincare yang mahal tu.
Selamat mencuba!
Kredit foto dan tips: Zana Mokhtar
Baca Juga: Nak Serikan Wajah? Cuba Masker Soya Ini, Cuma Guna Bahan Dari Dapur Saja!