Menerusi sidang media Perkembangan PKP yang dilaporkan pada hari ini oleh Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa sebarang penjualan seperti E-Iftar, E-Bazar, Penjualan pada bulan Ramadan tidak dibenarkan.
Tambah beliau lagi, walaupun penjualan seperti pandu lalu, tempah dan ambil juga tidak dibenarkan. (Rujuk video minit ke 11:50)
“Sebarang bentuk perniagaan yang berkaitan dengan bazar dan gerai Ramadhan termasuk dalam bentuk pandu lalu (drive thru), tempah dan ambil adalah tidak dibenarkan. Jadi tidak ada isu lagi berkaitan bazar Ramadan walaupun e-iftar atauupun ‘E’ sekalipun tidak dibenarkan” – Datuk Seri Ismail Sabri
Anda juga boleh rujuk video ini pad aminit ke 15:55, beliau ada menyentuh berkaitan e-hailing biasa dan e-hailing untuk bazar ramadhan.
“Apa saja berbentuk bazar walaupun ada e-hailing tetap tidak dibenarkan. Tetapi perniagaan e-hailing biasa, perkara itu diteruskan seperti biasa.”
Bazar Ramadan: Pandu lalu, tempah dan ambil, e-hailing tidak dibenar – @IsmailSabri60 pic.twitter.com/iA8NFFAs9f
— BERNAMA (@bernamadotcom) April 16, 2020
Sidang media perkembangan PKP | 16 April 2020
[LANGSUNG] – Sidang media perkembangan terkini berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 16 April 2020
Posted by Bernama TV on Wednesday, April 15, 2020
Sumber: Siakap Keli, Bernama.
Baca juga: 30 Resepi Berbuka Mudah Dan Menyelerakan