Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » 30 Resepi Berbuka Mudah Dan Menyelerakan

30 Resepi Berbuka Mudah Dan Menyelerakan

Kategori:

30 resepi berbuka mudah dan menyelerakan sempena Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Sebagai rujukan kepada anda, tak perlu pening-pening dah nak masak apa. hehe.

MENU 1

1) RESEPI SUP IKAN MERAH

Bahan-bahan:

  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • Kayu manis, bunga lawang dan pelaga
  • Lada hitam biji – tumbuk
  • Tomato belah 4

Cara-cara:

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih serta halia yang dihiris bersama kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan air secukupnya. Biarkan air menggelegak sebelum dimasukkan ikan. masukkan tomato.
  3. Akhirnya masukkan lada hitam dan garam secukupnya.. tabur daun sup dan daun bawang.

2) RESEPI SAMBAL TUMIS UDANG

Bahan-bahan:

  • 1 kg udang – gunting separuh dari kepala
  • 2 sudu besar asam jawa campur air & jadikan jus – guna 1 sudu kecil pes asam jawa
  • 1 – 2 sudu kecil garam halus
  • 7 sudu besar gula

Bahan Kisar:

  • 100 gm cili kering – pilih jenis pedas
  • Sebesar 50 sen belacan – kisar dengan cili – tak guna
  • 10-15 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih

Cara-cara:

  1. Udang digaul dengan sedikit garam kemudian digoreng hingga merah, jangan goreng lama nanti udang kecut dan keras. Bila dah merah angkat. Ketepikan.
  2. Tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan udang yang direng tadi seketika.
  4. Masukkan pes asam jawa.
  5. Perasakan dengan garam dan gula. Gaul dan biarkan seketika.
  6. Siap.

MENU 2

1) RESEPI IKAN SIAKAP GORENG DAUN LIMAU PURUT

Bahan untuk goreng ikan:

  • 1 ekor ikan siakap
  • 1/4 cawan tepung serbaguna
  • 2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
  • minyak utk menggoreng

Cara-cara goreng ikan:

  • Bersihkan ikan dan keringkan.
  • Salut dgn tepung(kering) dan goreng hingga keemasan.
  • Ketepikan di atas pinggan.

Bahan Sos:

  • 5 ulas bawang putih ~ dicincang
  • 3 ulas bawang merah ~ dicincang
  • 5 bj cili padi hijau ~ diicincang
  • 5 bj cili padi merah ~ dicincang
  • 3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1/4 cawan cuka
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 2 – 3 sudu besar gula
  • garam secukup rasa
  • 1/2 cawan stok ayam ~ k.nor guna air biasa dan 1/2 kiub stok ayam
  • 1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
    minyak

Cara buat sos:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
  2. Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung.
  3. Masak hingga mendidih.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
  5. Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yg dah digoreng.

2) RESEPI SOTONG TIN SAMBAL JAWA

Bahan-bahan:

  • Sotong tin
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Cili besar
  • Cili Api (ikut citarasa)
  • Daun limau purut
  • Air asam (agak-agak mengikut citarasa)
  • Air sotong
  • Sotong – potong ikut suka
  • sunquick – 2 sudu

Cara-cara:

  1. Tumis bawang merah,bwng putih halia dan cili sampai naik bau kalau sy suka sampai garing.
  2. Dah naik bau and bwang tu agak2 garing masuk kan Sotong
    Gaul sekata kan semua
  3. Akhir sekali, masukkan air Sotong. Gaul rata sampai mendidih dan perasakan dengan garam.

MENU 3

1) RESEPI IKAN BAWAL GORENG

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ikan bawal
  • kunyit
  • garam

Cara-cara:

  1. Gaulkan ikan dengan kunyit dan garam.
  2. Panaskan minyak dan gorengkan ikan sehingga garing.

2) RESEPI SAMBAL KICAP

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji cili padi
  • kicap manis

Cara-cara:

  1. bawang besar dan cili dihiris halus, gaulkan dan masukkan kicap manis.

3) RESEPI SAMBAL TEMPE IKAN BILIS

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk ikan bilis – goreng garing
  • 1 pek tempe – hiris nipis dan goreng garing
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 5 ulas bawang merah – tumbuk
  • Gula
  • Garam
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis cili kisar sehingga wangi dan garing. Masukkan pula bawang merah yang ditumbuk kasar. Setelah wangi dan garing, masukkan gula. Gaul rata dan masukkan sedikit garam.
  2. Akhir sekali masukkan tempe dan ikan bilis goreng. Gaul rata dan tutup api supaya tempe dan ikan bilis kekal rangup.

4) RESEPI SAYUR KAILAN SOS TIRAM

Bahan-bahan:

  • 300g kailan/baby kailan/siew pak choy
  • 2 ulas bawang putih – ketuk dan cincang halus
  • 1/2 cawan sos tiram + 1/3 cawan air
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1/3 cawan minyak untuk menumis
  • Bawang putih goreng – untuk hiasan

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dalam kuali (pastikan guna api yang kuat).Tumis bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan sos tiram yg sudah dicampur air. Masukkan gula dan lada sulah. Kacau goreng hingga pecah minyak.
  3. Masukkan kailan dan kacau goreng seketika sehingga masak tetapi jangan sampai layu.
  4. Padamkan api dan terus cedokkan ke dalam pinggan. Taburkan bawang putih goreng di atasnya. Siap.

MENU 4

1) RESEPI PARU GORENG BERLADA

Bahan rebus:

  • 700 gram paru
  • 2 hiris halia
  • 1 batang serai – ketuk
  • Sedikit garam

Bahan tumbuk kasar:

  • 9-10 tangkai cili merah – boleh guna cili kering kisar
  • 5 ulas bawang putih
  • 10 ulas bawang merah
  • 1 inci halia

Bahan lain:

  • 1 batang serai – ketuk
  • 2 sudu besar gula atau secukupnya
  • Garam
  • 1 keping asam keping

Cara-Cara:

  1. Paru direbus bersama halia, serai dan garam sehingga empuk dalam 30 minit sehari sebelum dimasak. Masak sampai paru tak liat. Cucuk dengan lidi atau cake tester untuk dicucuk tengok kalau dah tak liat. Tos kan airnya.
  2. Bila sejuk, baru dipotong nipis nipis. Paru dilumur sedikit garam jika suka dan biarkan seketika.
  3. Panaskan minyak dengan api yang kuat dan goreng paru (pastikan tenggelam dalam minyak yang banyak). Sentiasa dibalik balikkan supaya garingnya rata. Bila sudah garing, angkat dan ketepikan.
  4. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar bersama dengan serai, sehingga naik bau dan sedikit garing. Masukkan gula, sedikit garam dan asam keping. Mesti ada rasa manis manis sikit, baru sedap.
  5. Akhir sekali, masukkan paru yang telah digoreng dan gaul sebati.
  6. Gunakan api besar kalau nak paru kekal rangup.

2) RESEPI BENDI GORENG TELUR

Bahan-bahan:

  • 15 biji bendi – dipotong nipis secara serong
  • 2 biji telur – dipukul
  • Sedikit garam
  • 1 cili merah – dihiris
  • 2 ulas bawang merah – dihiris
  • 1 ulas bawang putih – dihiris

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bwang merah, putih, sehingga naik bau.
  2. Masukkan bendi dan dikacau. Masukkan garam dan. Agak agak bendi dah separuh masak boleh lah dicurahkan telur sekelilingnya.

MENU 5

1) RESEPI IKAN TENGGIRI MASAK LEMAK CILI API

Bahan-bahan:

  • 1/2kg ikan tenggiri potong 3
  • 1 genggam cili api merah*
  • 2 biji cili merah*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 5 ulas bawang merah*
  • 3 batang serai dititik
  • 1 mangkuk santan pekat
  • 1 mangkuk air
  • 1 keping asam kepin
  • garam

Cara-cara:

  1. Tumbuk bahan-bahan yang bertanda (*). Kemudia masukkan ke dalam periuk.
  2. Panaskan bersama semangkuk air. Bila mendidih, masukkan ikan, masukkan juga serai, asam keping dan garam.
  3. Bila ikan telah masak, masukkan santan.
  4. Kecilkan api dan biarkan santan mendidih sekejap.
  5. Tutup api, sedia untuk dihidang.

2) RESEPI SAMBAL SOTONG KEMBANG

Bahan-bahan:

  • 1 ekor sotong kembang
  • Garam, gula dan air asam jawa secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis

Bahan dikisar halus:

  • 15 biji cili kering
  • 5 bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cm belacan

Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau, kemudian masukkan gula, asam jawa, garam dan terus kacau sambal sampai masak dan pecah minyak.
  2. Masukkan sotong dan terus kacau jika terlalu kering, kemudian masukkan sedikit sahaja air. Kacau lagi sehingga semua bahan menjadi mesra dan bila sudah masak boleh la tutup api.

3) SAYUR PAK CHOY SOS TIRAM

Bahan-bahan:

  • seikat sayur siew pak choy
  • 4-5 sudu mkn sos tiram
  • 3 ulas bawang putih- cincang
  • seinci halia – cincang
  • air sedikit
  • tpg jagung+air sedikit utk pekatkan kuah
  • bwg putih goreng/bwg goreng – utk hiasan

Cara-cara:

  1. Sayur jangan dipotong dulu. Panaskan air, celur dengan batangnya sekali.
    Angkat dan toskan. Potong bahagian yang hujung, susun dalam pinggan dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan cincang hingga naik bau@kekuningan.
  3. Masukkan sos tiram dan juga air sedikit. Kacau.
  4. Masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan air jika mahu kuat yang pekat.
    didihkan.
  5. Tutup api. Tuangkan kuah ke atas sayur tadi.
  6. Hiaskan dengan bawang putih goreng.

MENU 6

1) RESEPI SUP EKOR ALA THAI

Bahan-bahan:

  • 500gm ekor lembu
  • 1 biji bawang besar – dipotong 4
  • 1 inci halia
  • 4 ulas bawang putih
  • ½ biji bawang besar – dipotong 4
  • 1 biji tomato – dipotong 4
  • 3 batang serai
  • Sedikit daun limau purut
  • Sedikit cili api
  • 2 sudu besar sos nampla
  • Sedikit asam limau nipis
  • Sedikit daun ketumbar

Cara-cara:

  1. Rebus ekor lembu bsama 1 biji bwg besar + halia selama 4jam atau lebih (sehingga lembut)
  2. Tumis bwg putih (api besar mcm kat kedai tu, tp jgn sampai hangit ye)..pastu masukkan cili api, bawang besar, serai, tomato, daun limau purut..kacau seketika
  3. Masukkan rebusan ekor, sos nampla, dan perasakan dengan garam
  4. Perahkan asam limau + taburkan daun ketumbar semasa menghidang

2) RESEPI LEMON AND HERB CHICKEN

Bahan-bahan:

  • 5 ketul ayam
  • 1/4 cawan minyak zaitun
  • 1 biji lemon (separuh ambil jusnya, dan separuh lagi hiris bulat)
  • 1sk lada hitam (jenis yang kisar kasar)
  • 1 sk dried Italian seasoning (ada jual kat pasaraya. Ini campuran basil, marjoram,
  • oregano, rosemary & thyme)
  • 1/2 sk dried rosemary
  • 1/2 sk dried thyme
  • 4 ulas bawang putih (cincang)
  • 1 biji bawang merah besar (potong bulat)
  • 1sk gula
  • 1 1/4 sk garam
  • kentang, lada benggala dan lobak merah (potong kecil) – kalau suka

Cara-cara:

  1. Sediakan loyang yang sesuai. Letak sedikit minyak zaitun.
  2. Letakkan ayam atas loyang tersebut. Selit-selitkan kentang dan lobak merah. Masukkan garam, gula, jus lemon, lada hitam, Italian seasoning, rosemary, thyme dan bawang putih. gaul sebati dengan ayam.
  3. Akhir sekali tabur bawang merah dan hirisan lemon atas ayam. Tuang habis minyak zaitun yang berbaki.
  4. Panaskan oven 200 darjah. Masukkan ayam tadi dan bakar selama 50-60 minit. Sehingga ayam masak.

MENU 7

1) RESEPI IKAN JELAWAT MASAK LEMAK CILI API

Bahan-bahan:

  • 1-2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan pati santan
  • *1 labu bawang besar
  • *1-2 inci kunyit hidup
  • *10tangkai cili padi
  • *1 biji cili merah
  • 1 keping asam gelugur
  • garam secukup rasa
  • 1ekor ikan jelawat dipotong saiz kecil
  • 1batang serai (diketuk)
  • 1helai daun kunyit

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan bertanda (*).
  2. Masukkan bahan yg dikisar dalam periuk bersama serai dan asam keping. Tambahkan garam dan pati santan.
  3. Masukkan daun kunyit, masak sekejap dan masukkan ikan jelawat.
  4. Biarkan sehingga ikan masak.

2) RESEPI SAYUR KAILAN IKAN MASIN

Bahan-bahan:

  • 1/2 biji bwg besar (hiris nipis)
  • 3 ulas bwg putih (cincang)
  • seikat sayur kailan – potong dan asing batang dgn daun
  • 2 ketul ikan tenggiri masin (fresh lg sedap)
  • 1 biji cabai masak (buang biji) – potong serong
  • 2 sudu Beso sos ikan
  • 2 sudu Besar sos tiram
  • sedikit air

Cara-cara:

  1. goreng ikan tenggiri masin dgn sedikit minyak hingga masak.
  2. Kemudian buang tulang dan hancurkan isi dlm kuali tu jugak.
  3. Masukkan bawang besar & bawang putih dalam kuali tadi. Kacau hingga layu
    kemudian masukkan batang kailan serta sos ikan dan sos tiram. Gaul sebati hingga batang lembut sedikit.
  4. Masukkan air, adjust untuk kuah.
  5. Kemudian masukkan sayur kailan bersama cli potong kacau sekejap
    dan bolehlah dihidangkan.

3) RESEPI SAMBAL BELACAN

Bahan A:

  • 4-5 biji cili merah
  • 3 biji cili padi merah (tambah jika mahukan lebih pedas)
  • belacan sebesar ibu jari (boleh dibakar dahulu jika mahu)
  • sedikit garam

Bahan B:

  • Asam Jawa sebesar ibu jari
  • 3 sudu air masak

Cara-cara:

  1. Tumbuk bahan A sehingga 3/4 lumat. (saya lebih suka sambal yang tak berapa lumat. Nampak lbih menyelerakan).
  2. Boleh juga diblend kering jika mahu tetapi jangan terlalu lama untuk mengelakkan ia terlalu hancur.
  3. Keluarkan dari lesung dan masukkan dalam mangkuk.
  4. Bahan B disatukan rata dan di ambil jusnya terus dimasukkan kedalam mangkuk sambal.
  5. Ratakan dan boleh terus dihidangkan.

4) RESEPI TELUR DADAR

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur
  • sos ikan
  • hirisan bawang
  • lada sulah atau lada hitam secukupnya

Cara-cara:

  1. Memula basuh semua telur
  2. Pecahkan telur sebiji demi sebiji masuk dalam mangkuk
  3. Masukkan beberapa titik sos ikan, serbuk lada putih, masukkan bawang
  4. Tepuk laju-laju dengan garpu sampai agak ringan sikit.
  5. Panaskan minyak secukupnya. biasa aku letak minyak banyak sikit jadi dia kembang cantik. Kalau tak suka berminyak korang boleh letak sesudu minyak masak dalam telur tu sesiap sebelum tepuk tadi. pastu korang boleh masak atas pan atau kuali yang tak lekat minyak tu je.
  6. Goreng agak keemasan dan jangan lupa terbalikkan jugak telur tu bagi sebelah lagi bahagian tu masak ok.
  7. Dah siap boleh hidangkan

5) RESEPI TEMPE GORENG

Bahan:

  • 1 Paket tempe yang dipotong nipis
  • serbuk kunyit
  • garam

Cara-cara:

  1. Gaulkan bahan2 ni. panaskan minyak dan goreng sehingga garing.

MENU 8

1) RESEPI AYAM BLACKPEPPER

Bahan-bahan:

  • 7 biji cendawan shiitake,
  • 3 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1/2 biji bawang besar, potong 4
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 1 sudu kecil kicap manis
  • 3 sudu besar minyak masak
  • sedikit tepung jagung, bancuh dengan air menjadi pes
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Gaulkan ayam bersama garam dan goreng dibatas api yang besar sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Menggunakan minyak yg sama, tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau, kemudian masukkan serbuk lada hitam.
  3. Masukkan ayam dan kacau seketika. Masukkan pula cendawan, minyak bijan dan kicap manis. Kacau sehingga cendawan sedikit layu.
  4. Tuang sedikit air, anggaran 1/2 cawan dan kemudian masukkan sedikit pes tepung jagung supaya kuah menjadi pekat.
  5. Perasakan dengan garam secukupnya.

MENU 9

1) RESEPI IKAN KELI GORENG BERLADA

Bahan-bahan:

  • 4 ekor ikan keli | dibersihkan
  • 15gm cili merah | ditumbuk kasar
  • 1 biji bawang besar | ditumbuk kasar
  • 3 ulas bawang putih | ditumbuk kasar
  • 12gm cili padi | ditumbuk kasar
  • 1 Biji bawang besar potong gelang
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • Sedikit tepung gandum
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Gaulkan ikan keli bersama tepung gandum dan sedikit garam. Panaskan minyak di dalam kuali dan gorengkan ikan tersebut. Angkat ikan tersebut dan asingkan.
  2. Tumbuk kasar bahanbahan seperti cili merah, bawang besar, bawang putih dan cili padi.
  3. Di dalam kuali yang berlainan, panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk sehingga naik bau dan agak garing. masukkan bawang besar yang dipotong gelang tadi.
  4. Masukkan ikan keli dan kemudian bolehlah dihidangkan.

2) RESEPI KANGKUNG GORENG

Bahan-bahan:

  • Sayur kangkung
  • Bawang Merah hiris
  • Bawang Putih hiris
  • Cili Merah
  • Bawang Besar
  • Ikan Bilis
  • Garam halus

Cara-cara:

  1. Tumiskan bawang putih, bawang merah, ikan bilis dan cili merah yang siap dipotong.
  2. Bila sudah naik bau, masukkan sedikit garam.
  3. Masukkan sayur kangkung dan goreng sekejap sahaja sehingga sayur layu.

MENU 10

1) RESEPI KUZI KAMBING

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging kambing, potong kiub besar2, cuci dan toskan*
  • 2 camca besar rempah kari daging*
  • 1 camca besar rempah kurma*
  • 1 inci halia, tumbuk halus*
  • 3 ulas bawang putih, tumbuk halus*(*gaul rata dan perap sejam)
  • 2 biji tomato, dipotong kiub
  • 1 cawam yogurt perisa asli
  • 1/2 camca besar gula melaka
  • 1/2 cawan kismis
  • 2 biji cili merah, belah 2 setiap 1
  • 2 biji cili hijau, belah2 setiap 1
  • 1 biji bawang besar, belah 4
  • 1 cawan sos tomato
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa

Bahan-bahan kisar halus:

  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 15 tangkai cili kering, dibuang biji dan rendam dalam air panas 10 minit dan toskan.

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan sos dan kacau rata. Tambah daging kambing yang telah diperap tadi.
  2. Gaul rata dan biar hingga daging kecut. Masukkan kismis dan air (hingga daging tenggelam). Biar mendidih
  3. Tambah tomato dan masak hingga daging empuk, masukkan yogurt dan gula melaka, kacau rata. Masuk bawang besar yang dibelah, cili hijau dan cili merah.
  4. Kacau dan biar hingga pekat. Tambah garam secukup rasa dan masak sekejap.
  5. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

2) RESEPI AYAM MASAK CILI HIJAU

Bahan A:

  • 6 ketul ayam
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1 labu bawang besar (hiris kasar)
  • Minyak masak
  • Serbuk kunyit
  • Garam secukupnya

Bahan B:

  • 7 biji cili hijau
  • 7 biji cili api hijau
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji tomato belah 4
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara-cara:

  1. Gaulkan ayam dengan kunyit dan sedikit garam. Goreng hingga masak atau separuh masak.
  2. Tumis bahan kisar dan serai yang dititik sehingga wangi dan pecah minyak. Pastikan bahan kisar ditumis hingga betul- betul masak untuk elakkan rasa maung cili dan sakit perut!
  3. Kalau nak berkuah, tambahkan sedikit air. Masukkan ayam dan perasakan dengan garam. Kacau rata dan tunggu sampai kuah sedikit kering.
  4. Masukkan bawang besar dan tomato kacau rata. Kalau pedas sangat bolehlah tambah sedikit gula ya! Bila bawang dah layu, dan bolehlah padamkan api.

3) RESEPI KACANG BUNCIS DENGAN SHITAKE MUSHROOM

Bahan-bahan:

  • 100 gms kacang buncis – potong 2
  • 3 kuntum cendawan shiitake – dihiris
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan sos tiram
  • garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Panaskan kuali (wok), masukkan 1 cawan air dan biarkan hingga mendidih. Masukkan kacang buncis dan biarkan ia stim lebih kurang 2 minit. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu. Masukkan cendawan, goreng sebentar hingga layu. Kemudian masukkan kacang buncis dan kacau sebati.
  3. Masukkan bawang putih dan sos tiram. Gaul sekata dan perasakn dengan garam jika perlu.
  4. Angkat dan hidangkan bersama sama nasi hangat dan lauk yang lain.

MENU 11

1) IKAN TENGGIRI MASAK SAMBAL

Bahan-bahan:

  • 3 – 4 potong ikan tenggiri dibersih dan goreng garam kunyit
  • 1 biji bawang besar dipotong bulat
  • 2 sdb air asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa
  • 3 sdb minyak masak
Bahan untuk dikisar:
  • 25 tangkai cili kering
  • 2 biji bawang besar
  • 2″ belacan

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend sehingga garing.
  2. Masukkan garam, gula dan air asam jawa.
  3. Boleh tambah air jika suka berkuah sedikit.
  4. Masukkan ikan yang digoreng tadi.

2) TELUR GORENG MASAK KICAP

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur
  • 1 biji bawang besar – dihiris
  • 5 biji lada kecik – diketuk
  • 2 ulas bawang putih – diketuk
  • Kicap – sebanyak mana yang diperlukan
  • Sedikit air masak

Cara-cara:

  1. Telur digoreng mata kerbau.
  2. Asingkan telur.
  3. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan lada kecik.
  4. Bila bawang dah layu, masukkan kicap dan air masak.
  5. Kacau-kacaukan.
  6. Tutup apinya.
  7. Curah kuah kicap di atas telur goreng mata tadi.
  8. Siap untuk dimakan.

MENU 12

1) RESEPI NASI ARAB TANAM AYAM

Ini saya gunakan pes nasi arab. Boleh dapatkan di pasaraya. Mudah sahaja caranya. Hanya perlu pes, nasi, dan masukkan ayam yg telah direbus dan tanak.

2) RESEPI SOS NASI ARAB

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang besar,
  • 4 biji cili merah
  • Gula garam
  • Perahan lemon
Cara-cara:
  1. Kisarkan semua bahan-bahan di atas.

3) RESEPI KERUTUK DAGING

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging batang pinang (potong tebal 1 atau 2″)
  • 3 sb rempah kerutuk
  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Kayu manis, bunga lawang, pelaga
  • 1 kotak santan – bancuh dengan air secukupnya.
  • 3 sb kerisik
  • Garam
  • Gula
  • Gula Melaka
  • 1 keping asam keping
  • Tomato ketchup – boleh menyedapkan lagi

Cara-cara:

  1. Separuh dari bawang dan halia dikisar dan dicampur dengan rempah kerutuk. Separuh lagi dihiris.
  2. Tumis bawang dan halia yang dihiris serta rempah penumis sehingga wangi dan masukkan rempah kerutuk. Masak dengan api perlahan sehingga keluar minyak.
  3. Masukkan daging dan sedikit air dan dikacau rata. Masak lagi sehingga air kering dan keluar minyak serta daging empuk.
  4. Masukkan santan dan masak sehingga mendidih dengan api perlahan.
  5. Masukkan kerisik, garam, gula, gula Melaka dan asam keping. Masukkan juga pes tomato, jika ada.
  6. Sesuaikan kepekatan dan rasa. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

MENU 13

1) IKAN CENCARU BAKAR

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ikan cencaru
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • Sedikit Belacan
  • Gula
  • Garam
  • Air Asam Jawa

Cara-cara:

  1. Ikan Cencaru dibelah belakang dan dibersihkan. Lumur ikan cencaru bersama garam.
  2. Tumbuk bawang bawang dan belacan. Kemudian masukkan cili cili kering kisar. Akhir sekali masukkan garam, gula dan sedikit air asam jawa.
  3. Masukkan bahan kisar ke bahagian belakang ikan yang dibelah tadi.
    balut dengan daun pisang
  4. Panaskan minyak secukupnya. Goreng ikan sehingga garing.

2) RESEPI LALA KAM HEONG

Bahan-bahan:
  • 300 gram lala (dicuci & ditoskan)
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 8 biji cili padi (ditumbuk sedikit)
  • 3 ulas bawang putih(ditumbuk)
  • 8 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 2 sudu besar udang kering (direndam & ditumbuk)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 biji bawang besar (dipotong 6)
  • Garam dan Gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Dalam satu mangkuk, campurkan serbuk kari, sos tiram, kicap cair & kicap pekat sebagai bahan perencah.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah & bawang putih.
  3. Dimasukkan pula udang kering hingga naik bau.
  4. Kemudian masukkan cili padi, daun kari, dan bahan perencah. Kacau hingga sebati.
  5. Tambahkan garam serta gula secukup rasa.
  6. Masukkan lala bersama bawang besar. Kacau rata.Rasa dan jika ok, boleh angkat

MENU 14

1) RESEPI SAMBAL IKAN SELAR KUNING

Bahan-bahan:

  • 12 ekor ikan selar kuning (bersaiz kurang lebih 2+ jari orang dewasa)
  • 3/4 camca besar pes asam jawa
  • 2 senduk nasi cili kisar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1/3 cawan air

Bahan-bahan kisar halus:

  • 6 biji bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah

Cara-cara:

  1. Ikan selar kuning, disiang dan cuci bersih, lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng hingga keemasan, tak perlu sampai garing sangat. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak dan cili garing, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asa jawa, kacau rata dan tambah air.
  3. Biar mendidih dan masukkan ikan yang telah digoreng. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula (kalau suka manis boleh tambah lagi), masak hingga pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api.

2) RESEPI SOTONG TAHU TELUR MASAK KICAP

Bahan-bahan:

  • 2 peket tauhu telur – potong 4 dan digoreng
  • 2 ekor sotong – potong cincin
  • 2 ulas bawang putih – diketuk
  • 1 biji bawang besar – potong bulat
  • 2 biji cili merah – hiris serong
  • 4 sd mkn kicap lemak masin – (nak guna kicap lemak manis pun boleh, tapi kena tambah garam sikit)

Cara-cara:

  1. Panaskan 2 sd mkn minyak masak ke dalam kuali. Tumis bawang putih hingga
  2. kuning.
  3. Masukkan kicap
  4. Masukkan sotong, bawang besar dan cili merah. Kacau hingga sotong masak.
  5. Masukkan tauhu telur yang sudah digoreng. Kacau rata.
  6. Masukkan hirisan daun bawang. Kacau rata. Siap.

3) RESEPI KOBIS MASAK LEMAK

Bahan-bahan:

  • 1/2 biji kobis bulat saiz sederhana – dihiris kasar
  • 1 camca besar penuh udang kering – direndam sekejap, ditos dan ditumbuk kasar
  • 1 biji bawang besar – dihiris halus
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji cili merah – dihiris
  • 1200 ml santan cair
  • 400 ml pati santan
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Masukkan santan cair ke dalam periuk bersama hirisan bawang, bawang puith dan udang kering. Kacau rata dan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan kobis dan masak hingga kobis 1/2 lembut, jika kurang kuah tambah sedikit air.
  3. Masukkan hirisan cili merah. Kacau rata dan tuang pati santan. Perasakan dengan garam secukupnya. Kacau perlahan dan biar mendidih sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

MENU 15

1) RESEPI KARI DAGING

Bahan-bahan:

  • 800gm daging – potong nipis & kecil. Senang dan cepat nak empuk.
  • 3 – 4 ulas bawang merah – dihiris halus
  • 2 ulas bawang putih – dihiris halus
  • Halia – 1 inci – dihiris halus
  • 1 batang kayu manis
  • 1 biji cengkih
  • 2 biji bunga lawang
  • 3 sudu besar rempah kari – dibancuh dengan sedikit air menjadi pes
  • 1 kotak santan segera – terpulang pada citarasa kepekatan kuah kari uolss.
  • 2 – 3 biji kentang – potong ikut selera nak belah berapa. Jangan besar sangat
  • lak
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit air – ikut citarasa nak kuah pekat & banyak mana
  • Daun kari beberapa helai
Cara-cara:
  1. Bersihkan daging dan hiris daging menjadi kepingan kecil dan nipis. Rebus daging tersebut sehingga empuk. Nak cepat leh guna pressure cooker. Dah empuk asingkan. Air rebusan daging jangan buang ye. Nanti nak masukkan dalam kuah kari tu semula.
  2. Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang, cengkih sampai naik bau dan kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris. Tumis sehingga layu dan naik bau.
  3. Selepas itu, masukkan pes kari (serbuk kari yang dah dibancuh dengan sedikit air) bersama daun kari. Tumis hingga berbau wangi dan terbit pecah minyak
  4. Masukkan daging yang dah direbus tadi bersama air. Masak hingga mendidih. Kuantiti air terpulang pada citarasa masing-masing. Biarkan mendidih sebentar. saya suka kuah kari yang pekat so airnya sikit. Kuah pekat sedap buat cecah sama roti.
  5. Masukkan kentang yang telah dipotong tadi, masak hingga kentang hampir empuk.
  6. Kemudian masukkan santan. Kuantiti santan juga terpulang pada citarasa masing-masing.
  7.  Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan.

2) RESEPI SAMBAL TELUR HANCUR

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur
  • 2 ulas bawang putih – kisar
  • segenggam cili kering – kisar
  • 1 labu bawang besar – kisar
  • garam

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, masukkan bahan kisar hinga pecah minyak.
    perasakan dengan garam.
  2. Pecahkan telur dan biar sebentar jangan kacau. Bila telur dah masak bawah tu boleh pusing.
  3. dah sebati semua boleh angkat dan hidang.

MENU 16

1) RESEPI SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API

Bahan-bahan:

  • 1 kg siput sedut
  • 3 batang serai, diketuk
  • 1 helai daun kunyit, disiat
  • 1 keping asam gelugor
  • 1200 ml santan cair
  • 400 ml pati santan
  • Garam secukup rasa

Bahan-bahan kisar halus:

  • 2 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3 biji cili merah
  • 10 biji cili padi (optional)

Cara-cara:

  1. Siput sedut dicuci bersih, kemudian kerat hujung siput (kerat pada bahagian senggan ketiga dari atas), buat hingga siap dan masukkan ke dalam bekas besar.
  2. Tuang air hingga penuh cuci sekali lagi dan toskan. Ulangi proses ini sekali lagi, tapi kali ini anda cedok siput tadi guna tangan dan masukkan dalam tapis, tujuannya untuk mengelakkan serpihan2 bahagia siput yang dikerat tadi ikut termasuk sekali. Ketepikan.
  3. Masukkan siput sedut yang telah dibersihkan ke dalam periuk bersama serai titik, asam gelugor dan bahan2 kisar halus. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Tuang santan cair, kacau rata dan biarkan menggelegak. Kacau perlahan.
  4. Tuang santan pekat, masukkan daun kunyit. Masak guna api sederhana hingga mendidih dan kacau sentiasa. Tambah garam secukup rasa Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api.

 2) AYAM GORENG MAMAK

  • 7 ketul ayam
  • 2 Sudu besar Tepung beras.
  • 1 Sudu kecil Tepung jagung.
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 1 Sudu kecil serbuk lada putih.
  • 2 Sudu kecil Serbuk kunyit.
  • 2 Sudu besar Serbuk Kari Daging.
  • 1/2 Sudu besar *cili kering yang dikisar halus.
  • Kisaran halus Bawang besar 1 biji + Bawang putih 5 ulas + Halia 2 inci
  • 3 Tangkai daun kari
  • 1 kg minyak untuk goreng.
  • 1 sudu kecil gula( kalau bubuh aji tak payah bubuh gula)
  • Garam Secukup rasa
  • 2 biji putih telur
  • Air secukupnya untuk bancuhan

Cara-cara:

  1. Bersihkan ayam yang telah dipotong dan toskan @ keringkan air basuhan ayam. Selepas air dah ditos, masukkan kedalam bekas dan masukan serbuk kunyit dan sedikit garam dan gaulkan serata ayam.
  2. Kemudian, masukkan semua bahan2 lain dan gaul sebati. Masukkan air sedikit demi sedikit. Gaulkan serata dan dapatkan kelikatan tepung yang sesuai. Sekiranya tepung terlalu likat boleh ditambah sedikit air. Kelikatan tepung adalah amat penting diberi perhatian, sekiranya terlalu cair tepung ini akan terlerai dari dari ketulan ayam dan kalau terlalu pekat ia akan menjadi cucur goreng pula.
  3. Tutup bekas ayam ini dengan plastik salut makanan dan perapkan dalam peti sejuk bahagian beku selama 1- 2 jam atau lebih supaya bahan2 rempah ini serap kedalam isi ayam…
  4. Selepas cukup masa perap, boleh laa goreng ye..Maka dinasihatkan agar test goreng seketul ayam dahulu untuk pastikan bancuhan tadi cantik kejadiaannya atau tak..
  5. Panaskan kuali dan masukkan minyak yang secukupnya ( ayam perlu tenggelam dalam minyak)…Tentukan minyak perlu panas sebelum memulakan gorengan..suhu minyak amat memainkan peranan dalam gorengan yang cantik…
  6. Untuk gorengan yang cantik ,jangan masukkan terlalu banyak ayam dalam satu2 masa..Api dapur perlulah sentiasa diawasi supaya ketulan ayam tidak hanya masak diluar tapi masih berdarah didalam..pada satu2 masa cuma masukkan 4-5 ketul ayam dalam kuali yang sederhana besar pada api yg sederhana..gorengan ini biasanya ambil masa 20- 25 minit…
  7. Untuk pastikan ketulan ayam telah masak biasanya ketulan itu mula terapung. Masukan bahagian peha diakhir gorengan kerana bahagian peha ambil masa yang lama untuk masak dan memerlukan api yang kecil. Tanda peha sudah dimasak ialah dengan perhatikan urat pada bahagian bawah mula pecah dan ketulan mula terapung..
  8. Goreng ayam tak perlu terlalu lama..Kalu terlalu masak juice pada ayam akan kekeringan dan menghilangkan kemanisan pada isi ayam…

MENU 17

1) RESEPI AYAM MASAK CILI KERING

Bahan-bahan:

  • 4 keping dada ayam potong kecil
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Perap semua bahan ni selama 15 minit kemudian goreng. Tak perlu garing.

Sos:

  • 1/4 stok ayam
  • 1 sudu kicap manis
  • 2 sudu sos cili
  • 1 sidi gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan sdkit air)

Bahan tumis:

  • 8 tangkai cili kering – potong
  • 2 biji bawang putih – dadukan
  • 2 cm halia – hiris

Bahan lain:

  • Cili hidup – potong dadu
  • Bawang besar – potong dadu

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, boleh campur minyak bijan jika suka, Masukkan bawang putih dan halia. Tumis hingga naik bau.
  2. masukkan cili kering. Goreng sehingga cili agak garing.. Hati2 jangan sampai hangus ye
  3. Masukkan stok ayam dan bahan sos.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau sebati hingga kuah memekat.
  5. Masukkan ayam, bawang dan cili hidup.
  6. Bila semua dah sebati boleh tutup api dan hidangkan.

MENU 18

1) RESEPI IKAN KERISI GORENG MASAK TAUCU

Bahan-bahan:

  • 3 ekor ikan kerisi
  • 1 bawang besar hiris
  • 3 biji bawang putih hiris
  • 1 inci hali
  • 2 sudu besar taucu
  • 5 tangkai cili padi
  • Sedikit air asam jawa
  • Kicap manis saya pakai jalen
  • 1 sudu Sos tiram

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Gorengkan ikan dengan serbuk kunyit hingga garing. Angkat.
  2. Panaskan minyak. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia yang dihiris. Tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan taucu, air asam jawa, sos tiram
  4. Masuk cili padi. Gaul ratakan ikan. Angkat. Xperlu garam sbb taucu dah masin.
  5. Rasa dulu seblum angkat. Kalau perlu garam tambah sikit.

MENU 19

1) RESEPI KARI IKAN BAWAL

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ikan bawal – lebih kurang 500 gram
  • 7 ulas bawang merah – hiris
  • 3 ulas bawang putih – hiris
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 2 tangkai daun kari
  • 3 tangkai cili padi – potong kecil
  • 1 paket kecil rempah kari ikan Babas
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 6 batang bendi
  • 2 batang cili hijau – patah 2
  • 1 biji tomato buah – belah 4
  • 6 batang bendi
  • 1 sudu kecil penuh pes asam jawa
  • 1- 1 1/2 sudu kecil garam
  • Santan secukupnya
  • garam

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak yang banyak dan masukkan halba campur dan cili padi hiris. Masukkan pula bawang merah dan bawang putih serta daun kari. Tumis sehingga wangi.
  2. Bancuh rempah kari dengan sedikit serbuk cili dengan sedikit air, jika suka pedas. Masukkan rempah kari dan tumis sehingga rempahnya agak garing.
  3. Masukkan santan dan air secukupnya. Masukkan air asam jawa. Setelah kuah mendidih, perlahankan api dan masukkan ikan. Kemudian biarkan kuah merenih dengan api kecil sehingga pecah minyak.
    Petua Mamak: jangan biarkan kuah kari mendidih ketika ini kerana ia akan menyebabkan ikan hancur.
  4. Masukkan bendi, tomato buah dan cili hijau. Akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa. Setelah kuah terbit minyak dan cantik, boleh tutup api.

2) RESEPI SAMBAL TUMIS SOTONG PUTIH

Bahan-bahan:

  • 10 ekor sotong
  • 20 biji cili kering
  • 10 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • Garam
  • Gula

Cara-cara:

  1. Kisar cili dan bawang bawang. Tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar garing.
  2. Masukkan gula dan kacau lagi sehingga garing dan keluar minyak. Kemudian masukkan sotong yang telah ditos hingga kering.
  3. Akhir sekali, masukkan garam, dan goreng sehingga air sotong menjadi kering. tutup api apabila sambal kembali kering serta pecah minyak.

MENU 20

1) RESEPI DAGING MASAK PAPRIK

Bahan-bahan:

  • Daging 1/2 kg (ikut suka banyak mulut yang nak makan)
  • Bawang putih – 4 ulas
  • Bawang holand – 1 biji
  • Lobak merah + kobis bunga +
  • 3 sudu besar cili kisar/giling
  • 2 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tiram
  • 6 biji cili padi
  • Daun limau purut
  • Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Rebus daging sampai empuk. nak cepat guna pressure cooker. dan jangan buang air rebusan.
  2. Tumis bawang putih dan cili giling sampai naik bau *jangan sampai hangit.
  3. Masukkan sos cili dan sos tiram dan air rebusan (sukatan air ikut nak buat berkuah atau kering sikit).
  4. Masukkan kobis bunga, lobak merah bagi empuk dan daun limau purut
  5. Masukkan daging.
  6. Masukkan cili padi.
  7. Gula dan garam secukupnya, biarkan mendidih sekejap dan masukkan bawang holland.
  8. Kacau sedikit dan angkat.

MENU 21

1) RESEPI BEEF STEW

Bahan-bahan:

  • 500 gram daging pejal, dipotong kiun pada saiz sederhana besar
  • 4 camca besar tepung gandum
  • 3 camca besar mentega
  • 2 helai bay leaf
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 1 camca teh serbuk paprika
  • 1 camca teh penuh serbuk lada hitam
  • 2 batang saleri, potong kasar2
  • 1 batang lobak merah, potong kasar
  • 2 biji kentang, dadu besar2
  • 1 biji bawang besar, belah 4
  • 3 ulas bawang putih diketuk
  • 1 camca besar kicap cair (resipi asal guna “worcestershire sauce”)
  • 1/2 camca besar kicap pekat (nak bagi warna)
  • 1 camca teh gula
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 camca teh jus lemon (mat tak letak)
  • Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Daging dicuci, tos dan lap kering dengan paper towel. Kemudian gaul dengan tepung gandum. Carikan mentega dalam non-stick pan, dan goreng daging bersalut tepung tadi hingga perang pada semua bahagian. Alih daging dan semua bahan dalam pan tadi ke dalam periuk. Tuang air secukupnya (biar banyak2 sebab nak renihkan lama).
  2. Tambah bay leaf, bouquet garni, bawang putih, bunga cengkih, serbuk paprika, serbuk lada hitam, bawang besar, kicap cair dan kicap pekat. Masak hingga mendidih, kemudian kecilkan api dan renih hingga daging empuk (kalau anda ada slow cooker, boleh guna), tuang air panas jika kering.
  3. Bila daging lembut, masukkan gula, lobak merah, kentang, saleri dan sambung merenih hingga kentang dan lobak lembut. Tambah garam secukup rasa dan jika suka masukkan jus lemon. Masak hingga kuahnya nampak pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama roti atau pasta. Hias dengan hirisan daun parsley jika suka.

2) RESEPI SAMBAL KERANG

Bahan-bahan:

  • Kerang – rebus dan kopek ambil isi
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 5 ulas bawang merah – kisar
  • 3 ulas bawang putih – kisar
  • Asam jawa
  • Garam
  • Gula
  • 1/2 biji Bawang besar – hiris

Cara-cara:

  1. Tumis bahan kisar sehingga wangi dan garing. Masukkan gula dan kacau supaya sambal berkilat dan berwarna merah cantik.
  2. Masukkan air asam jawa dan garam. Masukkan bawang besar hiris. Akhir sekali, masukkan isi kerang. Sesuaikan rasa dan kepekatan.

3) RESEPI BROKOLI UDANG

Bahan-bahan:

  • 500 gm brokoli
  • 4 ulas bawang putih – kisar
  • 10 ekor udang sederhana besar – buang kulit
  • 1 sd lada sulah
  • 1/2 sd sos tiram
  • Garam & serbuk perasa

Cara-cara:

  1. Tumiskan bawang putih hingga bangkit bau. Masukkan udang dan lada sulah. Goreng selama 2 minit. Masukkan brokoli dan sedikit air. Masukkan sos tiram. Biar hingga masak.

MENU 22

1) RESEPI ASAM PEDAS

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ikan bawal – potong 6 keping
  • 1 sudu kecil pes asam jawa – jgn terlalu banyak, terlebih masam tak sedap
  • Garam
  • 5 sudu cili kering kisar – boleh tambah
  • 6 batang bendi
  • 1 biji tomato belah 4
  • 6 helai daun limau purut
  • 2 serai dititik
  • Bahan kisar:
  • 8-9 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci kunyit hidup
  • 2 inci halia
  • 1 biji tomato

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan di atas. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, serai dan cili kisar sehingga wangi dan cili benar benar garing dan masak. Masukkan air secukupnya.
  2. Bila kuah mendidih, masukkan ikan. Masukkan garam dan air asam secukupnya. Masukkan sayur bendi tomato dan daun limau purut. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

2) RESEPI AYAM GORENG SIMPLE

Bahan-bahan:

  • 6 ketul ayam
  • garam
  • kunyit

Cara-cara:

  1. Gaulkan ayam dengan kunyit dan garam. panaskan minyak, goreng kan ayam sehingga garing, tos dan angkat.

3) RESEPI SAYUR GORENG

Bahan-bahan:

  • Kobis yang dihiris nipis
  • 1/2 batang karot yang dihiris nipis
  • 1 batang cili merah dihiris nipis
  • sedikit udang kering
  • 1 biji bawang merah dihiris
  • 1 biji bawang putih dihiris

Cara-cara:

  1. Panaskan sedikit minyak. tumis bawang merah, putih dan udang kering sehingga naik bau. masukkan kobis dan karot. tunggu sehingga sayur masak. perasakan garam dan angkat.

MENU 23

1) RESEPI TOMYAM AYAM

Bahan A :

  • 6 biji bawang putih dititik
  • 1 biji tomato dipotong dadu halus2
  • 2 batang serai dititik
  • 5 inci lengkuas diketuk

Bahan B:

  • 1/4 ekor ayam – potong kecil2
  • 1 biji bawang holland– hiris
  • 2 sudu perencah tomyam – brand TAEPEE
  • Pelbagai sayuran – saya guna carrot & caulifower
  • 4 helai daun limau purut – buang urat daun tengah tu, supaya bau kuat
  • cili padi dalam 6 – 8 biji)
  • sos ikan
  • air perahan limau
  • 1 biji tomato
  • garam

Cara-cara:

  1. Tumis bahan A sehingga garing. Lepas tu masukkan perencah tomyam. Gaul sehingga sebati.
  2. Masukkan air ke dalam periuk, lepas tu masukkan pula ayam.
  3. Bila ayam dah mula nak masak, masukkan bawang besar, sayur,, lengkuas, serai, daun limau purut dan biarkan seketika
  4. Akhir sekali, perah limau kasturi dan ambil airnya.
  5. Masukkan sos ikan dan air perahan limau. Lepas tu perasakan dengan garam. Siap untuk dimakan.

MENU 24

1) RESEPI KETAM MASAK LEMAK CILI API

Bahan-bahan:

  • 3 ekor ketam
  • 1-2 biji santan pekat
  • Segenggam cili api – Ikut pedas mana
  • 2 inci kunyit hidup
  • Garam
  • Serai diketuk
  • Daun kunyit
  • 1/2 keping asam keping

Cara-cara:

  1. Potong ketam dan bersihkan. Kisar cili padi dan kunyit.
  2. Satukan bahan kisar dengan santan dan kacau rata. Masukkan serai. Jerang atas dapur dan sentiasa di kacau supaya santan tidak berketul.
  3. Bila hampir mendidih, masukkan ketam, daun kunyit, asam keping dan garam secukupnya.

2) RESEPI AYAM GORENG KUNYIT

Bahan-bahan:

  • 4 ketul ayam potong dadu
  • Garam
  • Kunyit
  • 1 biji Bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 1/2 biji bawang holland potong gelang/besar2
  • 6 btg Kacang buncis potong panjang2
  • 1/2 batang Karrot potong panjang2
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 6 biji cili padi
  • Serai diketuk
  • 3 helai daun limau purut

Cara-cara:

  1. Ayam digaul rata dengan kunyit dan garam. Goreng sehingga garing dan ketepikan.
  2. Tumbuk/kisar bawang merah dan bawang putih.
  3. Gunakan minyak gorengan ayam tadi sedikit. Tumis bahan tumbuk. Masukkan serai. Masukkan sos tiram.. kacau rata. masukkan carrot dahulu. Kacau dan masukkan kacang buncis, bawang holland, cili api, daun limau purut.
  4. Masukkan ayam dan perasakan garam. Kacau rata. Angkat dan boleh dihidangkan.

MENU 25

1) RESEPI AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang besar *
  • 3 biji bawang putih *
    *Dikisar bersama
  • Ayam 5 ketul
  • Serbuk kunyit
  • 2 sudu besar cili kisar – ikut nak pedas mana
  • 2 sudu besar sos tomato
  • Garam
  • Gula
  • 1 biji bawang besar potong gelang
  • 1 biji tomato potong kecil2

Cara-cara:

  1. Gaulkan ayam dengan kunyit dan garam. Goreng tidak terlalu garing. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dari minyak gorengan ayam tadi.. tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan cili kisar. Tunggu sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos tomato dan gula.
  4. Masukkan bawang besar dan tomato. Masukkan ayam. Kacau rata sehingga tomato dan bawang layu. Angkat dan hidangkan

2) RESEPI DAGING MASAK KICAP SIMPLE

Bahan-bahan:

  • 150g daging di potong kecil
  • 1/2 biji bawang holland potong gelang
  • 1 biji bawang merah *
  • 1 biji bawang putih *
  • * dikisar bersama
  • Kicap manis jalen
  • 1 sudu sos tiram
  • 5 biji cili padi
Cara-cara:
  1. Rebus daging sampai empuk. Nak cepat gunakan pressure cooker. 10 minit dah siap empuk. Jimat gas.
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sampai naik bau. Masukkan daging. Jangan masukkan air daging.
  3. Kacau2 dan masukkan sos tiram dan kicap. Masukkan bawang dan cili padi. Kacau sekejap sahaja. Masukkan sikit air rebusan tadi nak bagi basah.. garamkan dan angkat. Boleh dihidangkan.

MENU 26

1) RESEPI IKAN KEMBUNG SWEET SOUR

Bahan-bahan:

  • 3 ekor ikan kembong
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • 1 biji tomato segar – di dadu
  • 5-10 biji cili api
  • 1 biji bawang besar – di dadu
  • 1 ulas bawang putih – di ketuk
  • 1 sb cili kisar
  • 1 sb cili sos
  • 2 biji limau kasturi – ambil jusnya.
  • Sedikit garam dan gula
  • Daun limau purut
  • Daun ketumbar – di hiris
Bahan tumbuk:
  • 1/2 biji bawang
  • 1ulas bawang putih

Cara-cara:

  1. Ikan digaulkan dengan serbuk kunyit dan garam. Digoreng dan diketepikan.
  2. Panaskan minyak lalu tumis bahan tumbuk hingga wangi dan masukkan cili kisar, bawang besar, bawang putih. kacau hingga sebati dan masukkan semua bahan dadu yang lain. kacau rata dan masukkan cili sos, daun limau purut, jus limau. kacau lagi dan masukkan garam gula secukupnya. tutup api.
  3. letakkan ikan di dalam piring lalu siramkan sos sweet n sour ke atas ikan.
  4. taburkan lagi daun ketumbar di atas ikan.
  5. tanur daun bawang
  6. sedia untuk di makan

2) RESEPI KERABU SOTONG

Bahan-bahan:

  • 5-6 ekor sotong
  • 1/2 biji bawang besar hiris halus
  • 1/2 biji tomato didadu halus
  • 1 batang bunga kantan. Hiris halus.
  • 1 batang serai hiris halus
  • 1/2 batang Cili merah hiris halus
  • 5 sudu besar sos ikan
  • Air perahan limau
  • 1 batang kacang panjang dihiris halus
  • Sedikit daun ketumbar dihiris
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Potong sotong dan celur dalam air panas. Ketepikan. Kacau rata dengan bahan2 lain.
  2. Tambahkan sikit air celur sotong tadi untuk berkuah.

MENU 27

1) RESEPI DAGING MASAK HITAM

Bahan-bahan:
  • 250g daging
  • 1/2 botol kecil kicap pekat Jalen warna merah
  • Gula pasir/gula Melaka
  • 1 sudu kecil air asam jawa
  • Bawang besar potong gelang
  • Cili kisar – ikut pedas mana

Bahan kisar:

  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 3 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 2 biji buah keras

Cara-cara:

  1. Rebus daging sampai empuk. Nak cepat boleh rebus dalam pressure cooker. 15 minit dan empuk. Angkat dan ketepikan. Rebusan air daging jangan buang.
  2. Panaskan minyak dan masukkan daging dan dikacau rata. Kemudian masukkan bahan kisar dan semua bahan lain. Biarkan masak sehingga pecah minyak.
  3. Akhir sekali masukkan air asam jawa dan gula serta garam. Masukkan sekali bawang besar hiris sebagai hiasan. Bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidangkan.

2) RESEPI KURMA TELUR

Bahan-bahan:

  • telur 4 biji direbus
  • 1 biji bawang merah dihiris*
  • 1 biji bawang putih dihiris*
  • 1 inci halia dihiris*
  • 1 biji bunga lawang*
  • 1 batang kulit kayu manis*
  • 5 biji bunga cengkih*
  • 3 biji buah pelaga*
  • 1 sudu serbuk kurma adabi
  • 5 biji cili padi
  • 1/2 santan kotak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Masukkan bahan bertanda *. Kacau sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kurma yg dilarut dengan air.. kacau dan masukkan santan dan tambahkan air. Kacau hingga menggelegak. Masukkan telur dan cili padi.

3) RESEPI SAMBAL GORENG JAWA SIMPLE

Bahan-bahan:

  • 1/2 bungkus tempe ~ hiris kecil dan goreng sebentar. Ketepikan
  • 1 biji kentang ~ hiris kecil dan goreng sebentar. Ketepikan
  • 1 keping tauhu (takua) ~ hiris dan goreng sebentar. Ketepikan
  • Sedikit suhun ~ direndam lembut dan tos
  • 1keping fucuk (tauhu kering) ~ direndam lembut dan digunting kecil. Toskan
  • 2 batang kacang panjang

Bahan tumis:

  • 4 ulas bawang kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 batang cili hijau dan 1/2 batang cili merah dihiris ~ nak pedas tambah cili
  • padi
  • ikan bilis
  • gula dan garam secukup rasa
  • sedikit air asam jawa
  • kicap

Cara-cara:

  1. Tumis bahan tumisan dalam kuali, bawang, bilis dan last sekali cili hijau dan merah.
  2. Masukkan tahu kering (fucuk) dan kacang panjang. Masak hingga lembut .
  3. Tambahkan garam dan sedikit gula
  4. Masukkan tempe, tauhu dan kentang yang sudah digoreng
  5. Perisakan dengan sedikit air asam jawa dan kicap..masukkan suhun yang telah ditoskan airnya.

MENU 28

Bahan:

  • dada ayam – dipotong kecil
  • sedikit lada putih,
  • garam dan tepung jagung
  • 3 biji kentang – potong dan goreng kejap

Bahan A:

  • 5 ulas bawang merah – dikisar
  • 3 ulas bawang putih – dikisar
  • 1 inci halia – dikisar
  • 3 biji cili merah – dikisar

Bahan B:

  • sudu besar sos plum – guna brand life
  • 2 sudu besar sos cili thai
  • 1 sudu besar sos tiram
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit kiub ayam

Cara-cara:

  1. Gaulkan dada ayam bersama serbuk lada putih dan garam kemudian salutkan dengan tepung jagung dan goreng sekejap. Tak payah terlalu garing.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan2 A hingga wangi dan sedikit garing.
  3. Masukkan bahan B dan goreng lagi hingga pecah minyak. Masukkan sedikit air ( agak2 yerk nak kuah byk mana ), garam dan gula secukup rasa dan sedikit kiub ayam, sebatikan dan masukkan ayam dan kentang yang digoreng tadi, sebatikan dan biarkan sebentar.
  4. Masukkan hirisan daun bawang, kacau kejap dan terus angkat.

MENU 29

1) RESEPI AYAM MASAK CILI KERING

Bahan-bahan:
  • 4 keping dada ayam potong kecil
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • 2 sudu besar sos tiram
    -Perap semua bahan ni selama 15 minit kemudian goreng. Tak perlu garing.

Sos:

  • 1/4 stok ayam
  • 1 sudu kicap manis
  • 2 sudu sos cili
  • 1 sidi gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan sdkit air)

Bahan tumis:

  • 8 tangkai cili kering – potong
  • 2 biji bawang putih – dadukan
  • 2 cm halia – hiris

Bahan lain:

  • Cili hidup – potong dadu
  • Bawang besar – potong dadu

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, boleh campur minyak bijan jika suka, Masukkan bawang putih dan halia. Tumis hingga naik bau
  2. Masukkan cili kering. Goreng sehingga cili agak garing.. Hati2 jangan sampai hangus ye
  3. Masukkan stok ayam dan bahan sos
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung… Kacau sebati hingga kuah memekat
  5. Masukkan ayam, bawang dan cili hidup
  6. Bila semua dah sebati boleh tutup api dan hidangkan

MENU 30

1) RESEPI NASI AYAM HAINAN

Lauk Ayam:
  • 1 ekor ayam
  • Halia
  • Bawang putih
  • Bawang merah

Bahan Perap:

  • Sos tiram
  • Kicap cair
  • Kicap manis
  • Madu
  • Minyak bijan
Cara-cara:
  1. Kisar halia dan bawang putih dan bawang merah. Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit.
  2. Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahankan api sehingga ayam setengah masak. Selepas itu angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap seketika. Gantungkan ayam sekurang kurangnya satu jam.
  3. Goreng ayam secara deep fry atau di dalam periuk yang dalam sehingga minyak menenggelami ayam. Untuk lebih mudah, sangkutkan ayam dengan besi penyangkut ditepi periuk agar mudah mengangkatnya setelah masak. Setelah ayam masak angkat dan gantung untuk toskan minyak. Potong ayam dan hidang.

Nasi Ayam:

  • Nak ringkas saya guna Sing long perencah nasi ayam hainan. hanya tambah air rebusan ayam sahaja.

Sambal cili:

  • 5 biji cili padi merah siam – saya guna cili merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia – saya tambah
  • 1 sudu teh cuka
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 cawan air rebusan ayam – saya tambah
  • Sos tomato – opsyenal saya tambah
  • Cara-cara: Blend cilipadi merah siam dengan halia dan bawang putih. Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa. Tambah sedikit air rebusan ayam. Masak dengan api kecil sehingga likat

Sambal kicap:

  • Air kicap hasil perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih. Angkat.

Kuah sup(bahan-bahan):

  • Garam
  • Serbuk ayam
  • Daun bawang – tabur
  • Bawang putih goreng – tabur

Kuah Sup(cara-cara):

  1. Separuh air rebusan ayam masak semula dan campurkan garam dan serbuk ayam.
  2. Bubuh potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika menghidang.
tags: