Dalam kehidupan, tak semua hubungan percintaan ditakdirkan untuk kekal hingga ke jinjang pelamin. Kita hanya mampu merancang dan meminta tapi yang menentukan hanya Tuhan.
Walaupun setiap perpisahan itu sangat menyakitkan tapi jangan lah kita mengajar diri untuk membenci satu sama lain.
Sebaliknya selepas putus, kita perlu mempunyai tanggapan yang baik di antara satu sama lain dan masih lagi mampu berkawan.
Seperti yang diamalkan oleh seorang lelaki, sazalyy yang masih lagi mempunyai hubungan yang baik dengan bekas teman wanitanya.
Dari hubungan tersebut, dia dan wanita itu sudah mengenali keluarga masing-masing hingga sudah terbiasa makan di rumah satu sama lain. Malah, bekas teman wanitanya juga sangat menggemari masakan ibunya.
Namun kerana jodoh tidak panjang, mereka memilih untuk membawa haluan masing-masing tapi masih lagi berkawan seperti dahulu. Tapi kerana itu, wanita itu tidak boleh jumpa seperti dahulu dan makan masakan ibunya.
Bila dah sekian lama tak merasa, wanita itu terasa rindu dan mengidam pula untuk mencuba masakan ibunya. Oleh itu, dia telah menghubunginya dan meminta ibu lelaki itu untuk menyediakan nasi berserta lauk untuk dimakan di waktu kerja.
Kerana kasihan, lelaki itu dan ibunya menunaikan permintaan bekas teman wanitanya. Selesai sahaja dimasak, dia terus membungkus nasi dan lauk untuk dihantarkan ke tempat kerja wanita itu.
Bila sampai sahaja, bekas teman wanitanya kelihatan segan untuk menerima makanan yang telah dibawanya.
https://www.tiktok.com/@sazalyy/video/7164008372264652059?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145
@sazalyy benda bole kawan buat apa gaduh #fyp #fypシ゚viral #ex ♬ оригинальный звук – ♡
Di ruangan komen video yang telah dikongsikan di laman TikTok, lelaki itu telah menjelaskan bahawa dia dan wanita itu telah berpisah dan bahagia dengan pilihan masing-masing. Dia hanya ke sana bagi menunaikan permintaan wanita itu.
Namun, ramai pula yang cuba memujuknya untuk berbaik semula dengan bekas teman wanitanya.
Tidak dinafikan bahawa tak semua pasangan mempunyai pengakhiran yang baik tapi seeloknya hubungan lelaki ini dan bekas teman wanitanya menjadi contoh buat kita semua.
Kredit: sazalyy
Baca Juga: Ugut Restoran Kalau Tak Bagi Sos Percuma, Pemilik Luah Rasa Kecewa Dengan Sikap Pelanggan