Kita sudah memasuki bulan Ogos tahun ini. Cepat betul masa berlalu kan, macam-macam perkara telah berlaku pada awal tahun ini. Namun, pasti masih ada berita yang baik untuk didengari. Berita ini istimewa untuk anda yang lahir pada bulan Ogos (August Babies).
FamilyMart Beri Aiskrim PERCUMA Untuk ‘August Babies’ & Boleh Pilih Mana-Mana Perisa
Ya, anda tak salah dengar! Mereka menawarkan sofuto aiskrik PERCUMA untuk mereka yang lahir pada bulan Ogos. Paling best, anda boleh pilih mana-mana perisa sofuto aiskrim yang ada di FamilyMart.
Bulan lepas, FamilyMart telah mengeluarkan aiskrim sofuto perisa baru iaitu French Crème Brûlée Sofuto. Rasa puding swirl dengan rasa kastard yang manis, ditaburkan dengan karamel untuk memberikan kesan creme brulee yang cantik. Jika anda masih belum mencubanya, inilah masa yang sesuai!
Baru-baru ini FamilyMart juga teah mengembalikan Sofuto Belgian Dark Chocolate kegemaran ramai yang lazat ini.
Cara Menebus Sofuto Aiskrim Percuma
PERCUMA Aiskrim Sofuto (Mana-mana perisa) dari FamilyMart untuk ‘August Babies’
- Download aplikasi MY FamilyMart dan menjadi ahli
- Pergi ke Reward Tab di aplikasi dan tebus ganjaran hari jadi anda (Birthday Reward)
*Tertakluk terma dan syarat:
- Sah hanya pada ahli FamilyMart sahaja
- Sah Bermula 1 Ogos sehingga 31 Ogos 2020
- Tawaran sah untuk 1 tebusan bagi setiap pelanggan