Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Viral! Gadis UiTM & Kawan-Kawan Kongsi Cara Betul Makan Makanan Bungkus, Baru Tak Leceh

Viral! Gadis UiTM & Kawan-Kawan Kongsi Cara Betul Makan Makanan Bungkus, Baru Tak Leceh

Kategori: ,
Cara Betul Makan Makanan Bungkus

Penggunaan bekas plastik dan bungkusan dalam makanan dan minuman sangat berguna kerana pembeli boleh membawa makanan dan minuman ke mana-mana tempat.

Namun begitu, sesetengah rekabentuk bekas plastik yang digunakan amatlah menyukarkan si pemakan.

Tapi memandangkan ramai di antara kita yang kreatif, ada yang telah menemui cara baru untuk makan dengan bekas plastik supaya lebih memudahkan.

Viral! Gadis UiTM & Kawan-Kawan Kongsi Cara Betul Makan Makanan Bungkus, Baru Tak Leceh

Terbaharu, seorang gadis latishaanjalara yang merupakan seorang pelajar baru di Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkongsi cara dia dan kawan-kawan makan menggunakan bekas plastik.

Memandangkan mereka merupakan pelajar baru, ia menjadi satu perkara yang wajib untuk menghadiri Minggu Destini Siswa (MDS) untuk bantu mereka mengadaptasi pada kehidupan pelajar universiti. Cara Betul Makan Makanan Bungkus

Walaupun memenatkan, program itu ada menyediakan makanan dan minuman percuma pada pelajar yang terlibat.

Setiap makanan dibungkus dalam bekas plastik, gadis dan kawan-kawannya menemui cara yang lebih mudah untuk menikmati makanan itu dengan membalikkan bekas plastik itu. Cara Betul Makan Makanan Bungkus

Dengan cara ini, kesemua nasi dan lauk akan ditumpah pada bahagian penutup dan menjadikannya senang untuk menikmati makanan yang telah disediakan pihak universiti.

@latishaanjalara Mds D-3 #uitmdihatiku #uitmrembau ♬ original sound – Latisha:] – Latisha Anjal

Di ruangan komen, orang ramai sangat terkejut melihat cara yang telah dikongsikan oleh gadis itu. Ramai yang terfikir untuk cuba caranya tapi ia sangat berkesan.

Ramai Baru Tahu Boleh Cuba Cara Ini, Kelihatan Sangat Berkesan Cara Betul Makan Makanan Bungkus Cara Betul Makan Makanan Bungkus

Kalau sesiapa yang sering membungkus makanan dan mendapat bekas plastik sebegini, agaknya cara ini boleh dipakai semasa makan. Lebih mudah untuk menggaulkan lauk-lauk bersama nasi!

Korang ada cara lain yang lebih mudah untuk makan dari bekas plastik? Nanti jangan lupa untuk kongsikan!

Kredit: latishaanjalara

Baca Juga: Tauke Nasi Ayam Hairan & Risau Bila Terima Parcel Misteri, Risau Ada Individu Yang Ingin Khianat

tags: | | |