Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Jumlah Gaji Pekerja Sama Dengan Harga Semangkuk Mashed Potato, Salt Bae Sekali Lagi Dikritik

Jumlah Gaji Pekerja Sama Dengan Harga Semangkuk Mashed Potato, Salt Bae Sekali Lagi Dikritik

Kategori:
GAJI PEKERJA

Rupa Nusret Gocke atau Salt Bae sudah dikenali di media sosial. Malah selebriti itu sering menarik perhatian orang ramai dengan videonya di laman Instagram dan TikTok. Samada memotong daging dengan penuh teliti dan kepakaran atau cuma menabur garam, apa sahaja yang dilakukan olehnya akan meraih tontonan tinggi.

Namun begitu, Salt Bae juga tidak terlepas dari menerima kritikan oleh pelbagai pihak. Sebelum ini, beberapa pelanggan juga pernah tampil tidak berpuas hati dengan harga mahal restoran itu. Kali ini, dia sekali lagi menjadi bualan kerana menawarkan gaji yang tidak berpatutan pada pekerjanya.

Mencari Pekerja Tapi Gaji Tidak Setimpal Dengan Beban

Baru-baru ini telah dilaporkan bahawa Salt Bae sedang mencari pekerja di restorannya dengan harga gaji yang tidak setimpal. Dengan jumlah $16 (RM 67) hingga $18 (RM 76) untuk satu jam, gaji mereka itu tidak jauh berbeza dengan semangkuk mashed potato yang ditawarkan di restorannya.

Menurut sebuah iklan di Caterer.com, jawatan Chef de Partie di iklankan untuk restoran Nusr-Et di Knightsbridge dengan harga gaji yang sangat tinggi, iaitu $16 (RM 67) hingga $18 (RM 76) untuk satu jam.

Tambah iklan itu: Jawatan sebagai Chef De Partie akan memberi peluang untuk anda bekerja dengan bahan-bahan terbaik dari UK dan luar negara di salah sebuah steakhouse terkenal di seluruh dunia. Anda juga akan memainkan peranan penting dalam sesebuah pasukan dan membantu chef ketika servis. Bagi mereka yang berjaya, Nusret London sedia menawarkan gaji yang lumayan dan peluang untuk mengembangkan kerjaya.

gaji pekerja

Menu Mahal Tapi Gaji Pekerja Sikit?

Meskipun peluang untuk berkerja di salah sebuah restoran ternama di dunia menjadi rebutan orang ramai, Salt Bae dipersoalkan kerana menawarkan gaji yang tidak berpatutan bagi jawatan itu. Meskipun harga hidangan di restorannya boleh mencecah ribuan ringgit, namun mengapakah pekerjanya dibayar dengan jumlah yang sedikit?  GAJI PEKERJA

Tak cukup dengan itu, mereka juga perlu berkerja 10 jam dalam sehari bagi memastikan operasi restoran berjalana dengan lancar.

Jelas, perkara itu mengecewakan ramai pihak dan rata-rata meluahkan rasa tidak berpuas hati di media sosial. GAJI PEKERJA

Seharusnya pihak Nusr-Et menyediakan harga yang berpatutan dengan jawatan yang ditawarkan kerana mereka bekerja di salah sebuah restoran yang ternama serta memikul tanggungjawab yang besar. Selain itu, pihak Nusret masih lagi memberi maklum balas mengenai isu ini.

Kredit: Positif+, indy100

Baca Juga: Pelanggan Berang Terima Bil 210 Ribu Ringgit, Harga Restoran Salt Bae Sekali Lagi Dikritik.

 

 

tags: