Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Buat Apa Sambung Belajar..”, Gaji Terlalu Rendah Di Negara Kita, Sebab Utama Ramai Terjun Jadi Rider Makanan

“Buat Apa Sambung Belajar..”, Gaji Terlalu Rendah Di Negara Kita, Sebab Utama Ramai Terjun Jadi Rider Makanan

Kategori:
jadi rider makanan

Sebelum ini, media melaporkan Jabatan Perangkaan membuat kaji selidik dan hasilnya mendapati kira-kira 390,000 atau 72.1% lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) enggan menyambung pelajaran.

Kaji selidik yang membabitkan 560,000 pelajar lepasan SPM itu mendapati hanya 170,000 memilih menyambung pelajaran. Manakala, 390,000 lagi enggan berbuat demikian.

Lebih membimbangkan, trend tahun 2019 ini dipercayai berterusan pada 2020 dan 2021, menurut jabatan itu.

Oleh kerana itu, ada yang mengambil keputusan untuk terus kerja berbanding dengan sambung belajar. Misalnya, menjadi seorang penghantar makanan ataupun rider.

“Buat Apa Sambung Belajar..”, Gaji Terlalu Rendah Di Negara Kita, Sebab Utama Ramai Terjun Jadi Rider Makanan

jadi rider makanan

Memetik laporan Free Malaysia Today (FMT), mereke mewawancara sendiri segelintir rider makanan yang mencemburi bidang berkenaan akan isu ini.

Salah seorang daripada mereka menyatakan bahawa keperluan untuk menyambung pelajaran tidak dapat dilihat sekarang kerana gaji yang ditawarkan kepada lepasan diploma dan juga ijazah lebih kurang sama dengan lepasan SPM.

Pemuda berusia 26 tahun yang hanya ingin digelar sebagai Aqil berkata, sijil diploma yang dimilikinya setaraf dengan gaji pelajar lepasan SPM.

“Masalah gaji terlampau rendah di negara kita. Walaupun saya ada diploma, gaji saya tidak jauh beza dengan gaji lepasan SPM. Padahal, saya lepasan diploma tapi pikul hutang belajar paling minimum RM16,000.

“Orang tak sambung belajar, tak ada hutang pun. Tapi gaji sama banyak dengan saya. Jadi buat apa sambung belajar? Macam sudah tak relevan,”luahnya kepada FMT berkenaan keputusan jadi rider makanan.

Tambahnya, harga barang naik dengan kemerosotan ekonomi yang selari dengan gaji minimum sebanyak RM1,500 juga tidak memadai.

“Sekarang harga barang naik, dengan kemerosotan ekonominya. Majikan pula asyik merungut nak bayar gaji minimum RM1,500. Mereka ingat cukup ke gaji minumum itu? Nak bayar hutang belajar lagi.

“Orang kata bujang tiada komitmen, kami pun ada mak bapak untuk disara. Jadi kalau setakat nak sambung belajar sebab nak sedapkan hati orang, baik tak payah,” katanya kepada FMT.

Gaji Minumun RM1,500 Tidak Memadai

Aqil juga mencadangkan kerajaan menyediakan kursus kemahiran secara percuma kepada penghantar makanan dalam talian. Ini adalah untuk mempersiapkan mereka menghadapai masa sukar sekarang.

“Kerajaan mungkin boleh sediakan kursus kemahiran seperti pendawaian elektrik, perkhidmatan memasang dan menyelenggara penghawa dingin, perkomputeran kepada kami.

“Dalam seminggu, kami kena hadir kusus dua hari. Sudah lengkap hadir kursus baru dapat sijil,”cadangnya.

Sediakan Kursus Buat Mereka Yang Jadi Rider Makanan Untuk Hadapi Masa Yang Sukar

jadi rider makanan

Dalam perkembangan sama, minggu ini media juga melaporkan penghantar makanan melancarkan mogok pada hari semalam kerana fare yang diperoleh mereka semakin rendah. Ada yang menyatakan bahawa mereka hanya mendapat 45 sen setiap satu order yang dipesan.

Banyak benda yang harus dikaji berkenaan keperluan untuk sambung belajar. Kerajaan harus menitik berat data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan tersebut. Bayaran yuran yang tinggi dan juga hal-hal berkait memang memerlukan penjelasan dan solusi yang utuh. Silibus dalam sukatan pelajaran juga perlu diperhalusi.

Ini kerana, jika generasi sekarang tidak melihat kepentingan untuk sambung belajar, maka apa akan jadi pada generasi akan datang?

Sumber: Free Malaysia Today 

Baca juga: Kisah Kucing Zubaidah Angkut Makanan Bagi Anak Makan, Tapi Tak Sangka Pengakhiran Macam Ni..

tags: | |