Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Semua Nak Pertikai..” Gara-Gara Bersedekah Pada Anak Yang Kelaparan, Lelaki Ini Dikecam Warganet

“Semua Nak Pertikai..” Gara-Gara Bersedekah Pada Anak Yang Kelaparan, Lelaki Ini Dikecam Warganet

Kategori:
BERSEDEKAH

Meskipun dunia sedang bergerak selaras dengan arus pemodenan, masih ada segelintir rakyat yang ketinggalan dan hidup dalam kesusahan. Bagi rakyat seperti kita yang hidup dalam serba keselesaan, perkara itu sukar untuk diterima. Namun, itulah realiti pahit dunia sekarang.

Apabila kita melihat insan dalam kesusahan, tidak salah jika kita turut menghulurkan sedikit bantuan. Malah, amalan bersedekah merupakan sesuatu yang mulia.

Bersedekah Pada Anak Kecil Yang Kelaparan

Di laman TikTok, seorang pengguna jimmyjosh832, memuat turun sebuah video pendek yang sangat menyayat hati apabila ditonton. Memaparkan realiti sedih bagi masyarakat Bajau Laut di Pulau Mabul, Sabah, seorang lelaki berasa simpati dengan anak yang meminta makanan.

Tak sampai hati, dia terpaksa membentukkan nasi dan lauk-lauk menjadi bebola lalu dilontarkan pada anak yang berada di bawah pondoknya.

Tambahnya, masyarakat di situ akan meminta makanan dari pelancong. Jika berkesempatan melancong di Pulau Mabul, Sabah, adalah lebih elok jika membawa pakaian lama dan makanan untuk disedekahkan pada mereka yang susah.

https://www.tiktok.com/@jimmyjosh832/video/7024508627939511579?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7014289098874471937

@jimmyjosh832 Subhanallah..Sgt menyayat hati sapa yg sampai sini..#fyp ♬ original sound – 🐝hary luthfi🐝 – 🍂luthfi🍂

Bersedekah Pun Dikecam?

Di ruangan komen, beberapa warganet tampil meluahkan rasa tidak puas hati dengan cara makanan tersebut diberi pada anak itu. Tidak sepatutnya digumpal, mereka pertikaikan. BERSEDEKAH

Itu Sahaja Caranya..

Sedar akan komen yang pertikaikan caranya, lelaki itu menjelaskan bahawa itu sahaja cara untuk dia bersedekah memandangkan resort tersebut dipagari dan tiada tangga untuk menghulurkan makanan.

BERSEDEKAH

Sudah Dijelaskan Tapi Tak Faham Lagi?

Memandangkan situasi tersebut telah dijelaskan tapi masih ada lagi beberapa warganet yang mengecam lelaki tersebut, segelintir warganet tampil mempertahankannya.

BERSEDEKAH BERSEDEKAH

Sebelum meninggalkan apa-apa komen, seeloknya kita memahami dulu situasi sebenar. Jika diikutkan, mesti lah lelaki itu tidak sampai hati untuk melontarkan makanan sebegitu tapi oleh kerana terpaksa, itu sahaja caranya.

Apa pun, semoga lelaki itu sentiasa dimurahkan rezeki kerana mempunyai niat mulia untuk bantu anak kecil itu meskipun agak terbatas.

Kredit: TikTok jimmyjosh832

Baca Juga: “Tak Tahu Malu Ek..”, Order Lambat Sampai, Lelaki Ini Masuk Dapur Dan Buat Air Sendiri Bikin Terhibur

tags: | |