Hubungan persahabatan diantara manusia ada kebaikannya. Bukan sekadar untuk berkongsi susah dan senang, malah, sahabat yang baik tidak akan keberatan untuk memberi pelbagai nasihat dan ‘tips’ yang bermanfaat dalam kehidupan.
Namun, ada juga segelintir manusia yang memberi nasihat untuk ‘mengenakan’ seseorang. Alah, dinamakan sahabat, mana boleh menggelakkan diri dari mencari peluang untuk bergurau dengan member.
Jadi, berhati-hati dengan ‘nasihat’ dari kawan-kawan anda, mungkin ia adalah ‘perangkap’ yang dipasang untuk dijadikan bahan gurauan di lain hari.
Di group Suami Masak Apa Hari Ini, hubungan ahli-ahli mereka ibarat sebuah keluarga yang rapat. Bukan sekadar untuk berkongsi pelbagai resepi yang enak oleh para suami, malah mereka turut tidak melepaskan peluang untuk bergurau diantara ahli.
Seorang pengguna, Mohd Said Mqms atau dikenali sebagai ‘abah’ di group itu menjadi mangsa ‘nasihat’ ahli group itu. Mengikuti nasihat yang diberi, dia tidak menyangka ini pula jadinya.
Hancur, Memang hancur.
Kenapa le gatal sangat dengar nasihat berbudak smahi ni suruh bakar dulu roti ni, punah ranah jadi nya saat manis abah.
Roti Pandan Gardenia yang abah bakar atas tutup Tupperware boleh cair dalam microwave.
Rasa sebilik dengan Singa waktu ni abah.
Recall balik ayat untuk jinakan singa yang Penjaga Singa Sarkis ajar dulu, tak ingat2 pulak ayatnya bila abah cuba hafal balik.
Musnah harapan nak bagi adik kat Talibarut.
Ni mesti ramai yang geng MU sumpah abah agaknya ni.
Menjengah di ruangan komen, orang ramai menyedari penutup Tupperware telah cair gara-gara dimasukkan dalam microwave.
Memandangkan Tupperware merupakan ‘harta’ kesayangan para isteri, mereka menasihati supaya abah bersedia untuk hadapi amarah mak.
Ada juga beberapa individu yang mengatakan nasihat yang diberi telah disalah guna olehnya. Mungkin tak menuruti setiap langkah, inilah jadinya.
Pecah perut pula membaca gelagat dan komen mereka, kan? Orang ramai dinasihati untuk tidak mengambil serius mengenai posting ini.
Perkara ini jelas gurauan mesra diantara ahli group. Bila semua bergurau dan gembira selalu macam ini kan bagus? Tak naklah serius sahaja setiap hari.
Kredit: Mohd Said Mqms via Suami Masak Apa Hari Ini?