Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Wanita Ini Kongsi Cara Sediakan Garam Kunyit Istimewa Resepi Turun Temurun, Boleh Guna Untuk Perap Semua Jenis Daging

Wanita Ini Kongsi Cara Sediakan Garam Kunyit Istimewa Resepi Turun Temurun, Boleh Guna Untuk Perap Semua Jenis Daging

Kategori: ,
Garam Kunyit Istimewa Resepi Turun Temurun

Setiap keluarga mempunyai resepi turun temurun yang telah disampaikan dari generasi ke generasi. Hal itu bagi memastikan kenangan dan ajaran keluarga dapat terus dijaga dan diamalkan.

Ada yang mempunyai resepi unik dan agak merumitkan untuk diikuti, ada pula yang ringkas sahaja. Walau apapun, bagi anda yang sangat gemar menggoreng, di sini kami kongsikan resepi garam kunyit istimewa resepi turun temurun dari Syeeda Shaari. Memang mudah, jom baca secara lebih lanjut untuk ketahui caranya.

Wanita Ini Kongsi Cara Sediakan Garam Kunyit Istimewa Resepi Turun Temurun, Boleh Guna Untuk Perap Semua Jenis Daging

Bahan-bahan

  • Kunyit hidup
  • Bawang putih
  • Halia
  • Garam

Nota: Sukatan ikut suka, kalau nak lebih sedap, boleh tambahkan serai. Garam Kunyit Istimewa Resepi Turun Temurun Garam Kunyit Istimewa Resepi Turun Temurun

Cara penyediaan

  1. Basuh setiap bahan-bahan yang digunakan sehingga bersih dan keringkan. Pastikan tidak lembap sebelum dikisar.
  2. Kisarkan ke semua bahan-bahan menggunakan pengisar (guna yang ini) sehingga hancur sepenuhnya.
  3. Simpan dalam bekas yang kering dan kedap udara.
  4. Siap untuk digunakan pada bila-bila masa. Garam Kunyit Istimewa Resepi Turun Temurun Garam Kunyit Istimewa Resepi Turun Temurun Garam Kunyit Istimewa Resepi Turun Temurun

Untuk pengetahuan anda, perapan ini boleh disimpan di luar peti ais dan buat jangka masa yang lama kerana ia tidak akan berkulat atau busuk tapi sebaiknya terus digunakan supaya apa jua daging yang diperap kekal enak dan segar.

Garam kunyit istimewa resepi turun temurun dari wanita ini sangat sesuai untuk digunakan buat semua jenis daging. Perap sahaja, ia juga boleh menghilangkan segala jenis bau kurang menyenangkan. Rasanya dijamin menjadi lebih sedap!

Kredit: Syeeda Shaari

Baca Juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Baked Potato Cheezy Cheese, Sangat Creamy. Kalau Jual Memang Laku Keras!

tags: | |