Penggunaan gas di dapur semestinya perkara yang wajib untuk memasak. Tapi apa yang anda akan lakukan bila gas di dapur tiba-tiba sahaja habis? Mesti terkejut dan panik, kan?
Lagi-lagi bila kedai tiba-tiba tutup, hari dah lewat malam dan keluarga menangis kelaparan, memang cemas! Suka atau tidak, memang kena berfikir di luar kotak dan ikthihar cara lain untuk siapkan lauk untuk keluarga.
Itulah apa yang terpaksa dilakukan oleh seorang wanita apabila gas di dapur tiba-tiba sahaja habis, maka dia terpaksa menggunakan ‘cara’ lain untuk menyiapkan lauk untuk dimakan.
Menggunakan cara tradisional, Yusnita Fatahillah tidak segan untuk memuat naik gambar masakan yang disediakan menggunakan dapur kayu api. Cara itu merupakan cara memasak cara orang dahulu dan cuma dilakukan semasa kenduri-kendara. Namun, setelah dunia kian maju, ianya makin dilupakan.
Gas habis, msk kayu api.
Ayam berlada.
Sayur tumis kangkung.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet berpendapat bahawa penggunaan kayu api untuk memasak lebih elok dan masakan anda tentunya lebih sedap. Malah, cara itu membangkitkan kenangan nostalgia ketika dahulu di mana dapur itu sering digunakan oleh datuk nenek mereka.
Meskipun makin di telenggami arus masa dan pemodenan, penggunaan kayu api untuk memasak mempunyai banyak kelebihan. Antaranya;
Apabila dah kehabisan gas di dapur dan tak tahu cara mana dah nak masak, anda boleh lah cuba pula cara tradisional ini. Banyak juga kelebihan yang ada jadi tak rugi pun cuba.
Kredit: Yusnita Fatahillah via MATJHN
Baca Juga: Sendiri Malu! Wanita Ini Datang Wedding Terus Makan, Sehingga Terlupa Buka Helmet Doraemon