Anjing merupakan haiwan perliharaan yang sangat jinak dan comel. Namun dalam agama Islam, para Muslim dilarang untuk membelanya di rumah atas beberapa sebab.
Tapi ia perlu dilayan seperti mana-mana makhluk Tuhan, kita turut digesa untuk berbuat baik dan tidak menganiayanya. Oleh itu jika melihatnya sedang berada dalam kesusahan atau kehausan, apa salahnya kita menghulurkan sedikit bantuan? Perkara itu telah dilakukan oleh lelaki ini.
Mendengar ketukan yang kuat tanpa henti pada pagar rumahnya, seorang lelaki, abdullahjamadi keluar untuk meninjau keadaan. Melihat anjing kecil milik jirannya yang diberi gelaran ‘Boi’, lelaki itu membuka pagar bagi memberinya masuk.
Kerana dahaga dan pemilik tiada, Boi ke rumahnya demi meminta minum. Bersimpati dengan anjing itu, lelaki tersebut mengambil satu bekas plastik dan mengisinya dengan air dari paip berhampiran.
Melihat bekas air tersebut, Boi kelihatan sangat teruja dan mengikutnya sambil melompat-lompat. Terhibur melihat gelagat anjing itu, dia terus meletakkan minuman itu supaya haiwan tersebut dapat meminumnya.
https://www.tiktok.com/@abdullahjamadi/video/7124976641704496411
@abdullahjamadi Anjing kerek minta air..Offer dia cendol, dia taknak.. 😅 #abdullahjamadi #pet #pencintahaiwan ♬ original sound – Abdullah Jamadi | Cikgu Urut
Di ruangan komen, gelagat anjing tersebut turut mencuri perhatian orang ramai. Terhibur melihatnya, ada juga pengguna yang melihatnya mengetuk pagar besi tersebut dengan kuat adalah sama seperti seorang gangster yang meminta hutang.
Tambahan pula ada segelintir individu yang berterima kasih pada lelaki itu kerana tidak keberatan untuk membantu anjing tersebut. Tidak memandangnya secara hina, dia sedia memberinya minuman ketika ia kehausan. Bagus sangat abang ni!
Tindakan lelaki ini boleh menjadi contoh yang baik buat kita semua. Jika melihat haiwan yang sedang kehausan atau memerlukan bantuan, apa salahnya kita hulurkan bantuan? Berbuat baik pada haiwan merupakan salah satu cara untuk mendapat pahala.
Kredit: abdullahjamadi