Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Besar Harapan Tu Nak Kurus..” Gelagat Comel Pelajar Tadika Enggan Makan Kerana Mahu Kurus Raih Perhatian Netizen

“Besar Harapan Tu Nak Kurus..” Gelagat Comel Pelajar Tadika Enggan Makan Kerana Mahu Kurus Raih Perhatian Netizen

Kategori:

Kebiasaanya diet atau menjaga pemakanan bagi mendapatkan bentuk badan ideal sering diamalkan oleh orang dewasa. Jarang sekali kedengaran kanak-kanak yang ingin diet. Memandangkan kanak-kanak yang berumur 3 hingga 6 tahun ini kebiasaannya tidak menghiraukan apa kata orang dan tidak kisah apa-apa. Mereka hanya tahu bermain dan bersuka ria.

Namun begitu, tetap juga ada kanak-kanak yang mempunyai hati yang sensitif dan mudah terasa. Apabila diejek oleh kawan berkenaan berat atau bentuk badan, pasti timbul perasaan ingin berubah. Tak ramai yang seperti ini namun tetap juga ada.

Enggan Makan Kerana Mahu Kurus Dan Sedang Berdiet

Seperti mana kisah yang dikongsikan oleh cumie171 berkenaan dengan anak murid lelakinya, Kimi yang enggan makan kerana mahu kurus. Menerusi video tersebut kelihatan dia langsung tidak menyentuh makanan atau nasi yang terhidang di dalam pinggan. Ekoran itu, guru ini sempat bertanya mengapa tidak makan. Namun jawapan Kimi adalah mahu kurus.

Ekoran mahu kurus dia tidak makan makanan tersebut. Bagi mengesahkan lagi, cikgunya bertanya sekali lagi apakah dia sedang berdiet. Katanya ya. Walaupunbegitu, cumie sempat menyuruhnya tetap makan makanan tersebut sedikit.

@cumie171 Ikut ustazah la ni diet 😂😂#ditaja #fyp ♬ original sound – GeeYusoff171

Menjengah ke ruangan komen. Rata-rata warga TikTok terhibur dengan gelagat comel dan pandai budak lelaki yang dipanggil Kimi ini. Ada juga yang meninggalkan pesanan menyatakan apabila sudah besar nanti pasti Kimi akan jadi hensem sepertinya.  Dalam masa yang sama ada juga yang berasa kasihan melihat budak sebesar ini nekad untuk diet.  

Tidak kurang juga ada yang sempat memerhati kanak perempuan di belakang. Kelihatan kanak tersebut seolah-olah ingin ajak bergaduh katanya.

Di samping itu, ada juga warga TikTok yang dikenali dengan nama Amira sempat berkongsi cerita mengenai anak muridnya yang memberitahu tidak terasa nak makan kerana ada cacing.

Walaubagaimanapun, tidak dapat diketahui dengan lebih jelas mengapa Kimi ini ingin diet. Sama ada diejek oleh rakan atau pun diri terasa malu, oleh sebab itu dia nekad untuk diet. Buat Kimi, tak mengapa gemuk sikit asalkan sihat.

Kredit: TikTok cumie171

Baca juga: Rumah Berbau Seperti Bangkai, Rupanya Lelaki Ini Tersilap Makan Telur Busuk Yang Direbus Ibunya

tags: | | |