Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Tengok Lah Suami Aku, Dia Bawa Aku Kedai Je Guys” – Gelagat Pasangan Suami Isteri Cuit Hati Orang Ramai, Sambut Anniversary Nikmati Kek McDonalds Tepi Jalan

“Tengok Lah Suami Aku, Dia Bawa Aku Kedai Je Guys” – Gelagat Pasangan Suami Isteri Cuit Hati Orang Ramai, Sambut Anniversary Nikmati Kek McDonalds Tepi Jalan

Kategori:

Setiap orang diciptakan untuk mempunyai pasangan hidup masing-masing dan bina hidup bersama. Saling berbincang jika ada masalah antara satu sama lain dan cuba selesaikan sebaiknya supaya anak-anak tidak menjadi mangsa.

Kisah suami isteri ini pula mencuit hati netizen apabila suami beliau menyambut anniversary mereka hanya di kedai tomyam sahaja.

“Tengok Lah Suami Aku, Dia Bawa Aku Kedai Je Guys” – Gelagat Pasangan Suami Isteri Cuit Hati Orang Ramai, Sambut Anniversary Nikmati Kek McDonalds Tepi Jalan

Video ini dikongsikan oleh muhsinyusni yang juga merupakan youtuber yang mempunyai ramai pengikut. Mereka gemar berkongsi kisah hidup mereka di YouTube dan mendapat sambutan daripada netizen kerana telatah mereka yang mencuit hati.

Tular pula di TikTok, sebuah video dimana Muhsin membuat kejutan anniversary kepada Isterinya Aisyah yang juga seorang Youtuber terkenal di Malaysia. Apa yang lebih mencuit hati apabila, Muhsin membawa isterinya sambut anniversary di kedai Tomyam sambil makan Kek Mcdonalds.

anniversary

Menerusi ruangan kapsyen video tersebut, “My wife is so simple, and that’s what I love about her cause Im a minimalist“. Jadi, beliau sudah mengenali isterinya bahawa Aisyah ini tidak sukakan benda yang complicated. Dia juga tidak kisah untuk sambut anniversary yang besar-besaran.

Reaksi Aisyah mengatakan, “Tengok lah suami aku, dia bawa aku kedai tomyam je guys sambut anniversary! Ada anak pula tu, ni bukan dating“.

anniversary

Daripada video yang dikongsikan ini, kita dapat saksikan bahawa mereka berdua saling mengenali luar dan dalam antara satu sama lain dan bahagia dengan cara masing-masing.

@muhsinyusniSimple wife ever 🥹♬ original sound – Muhsin Yusni

Isteri Yang Solehah Isteri Yang Tak Membebani Suaminya

Ramai netizen terpegun dengan sifat Aisyah isteri kepada Muhsin kerana beliau seorang yang amat memahami suaminya.

“Saya beli burger RM4 sorang sebiji makan kat rumah sambil tengok Netflix sambut anniversary, laki bini sibuk keje”, komen Mummyaya memberitahu bahawa beliau juga seperti Aisyah yang hanya inginkan sambutan yang biasa-biasa sahaja.

anniversary anniversary anniversary anniversary

Menerusi perkongsian video ini, sebagai pasangan suami isteri. Hargailah pasangan masing-masing kerana merekalah pasangan hidup anda sampai ke tua.

Kredit: muhsinyusni

Baca Juga: Malas Nak Keluar, Tapi Suami & Anak-Anak Pesan Nak Makan ‘Western Food’, Jadi, Ini Resepi Mudah Beef Stew Korang Boleh Masak!

tags: | | |