Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Genap 30 Hari Pemergian Arwah. Resepi Ikan Kerapu Masak Cili My Style, Menjadi Kenangan Yang Masih Tersimpan!

Genap 30 Hari Pemergian Arwah. Resepi Ikan Kerapu Masak Cili My Style, Menjadi Kenangan Yang Masih Tersimpan!

Kategori: ,
thumnails 30 hari

Genap 30 hari pemergian penyanyi kesayangan negara, arwah Siti Sarah Raissuddin. Sebagai tanda kenangan buat peminat, pengendali akaun Instagram milik arwah Siti Sarah ada berkongsi satu video resepi ikan kerapu masak cili ‘my style’.

Video tersebut merupakan video kenangan dan koleksi memasak yang masih disimpan. Video itu merakamkan Siti Sarah sedang menunjukkan cara-cara membuat ikan kerapu masak cili dengan caranya yang tersendiri.

Resepi Ikan Kerapu Masak Cili

Bahan-bahan untuk goreng ikan kerapu:

  • 1 Ikan kerapu
  • Tepung jagung
  • Lada sulah

Bahan-bahan blend:

  • Serai
  • Halia
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Belacan (dimasak)

Bahan-bahan lain:

  • Cili boh
  • Gula secukup rasa
  • Sos Tiram
  • Kicap Cair
  • Kicap pekat
  • Asam jawa
  • Bunga Kantan
  • Bawang besar
  • Black vinegar

Bahan-bahan hiasan:

  • Daun teratai
  • Bunga kantan
  • Bawang
  • Cili api

Cara-cara:

  1. Goreng ikan kerapu yang disalut dengan tepung jagung dan lada sulah.
  2. Masakkan dahulu belacan.
  3. Kemudian, masukkan bahan-bahan yang diblend.
  4. Masukkan cili boh, gula secukup rasa, sos tiram, sedikit kicap cair, sedikit kicap pekat (sekadar pewarna)
  5. Masukkan asam jawa dan bunga kantan. Kacau-kacau.
  6. Masukkan bawang besar dan black vinegar.
  7. Bila sambal dah siap, letakkan ikan diatas daun teratai dan taburkan sambal tadi keatas ikan.
  8. Kemudian, letakkan bahan hiasan lain seperti bunga kantan, bawang dan cili api keatas ikan tadi.
  9. Tutup sekejap ikan dengan daun teratai dan siap untuk dimakan.30 hari

Sehingga ke hari ini perkongsian video resepi dari arwah Siti Sarah mendapat sejuta tontonan dan turut menerima ribuan komen dari rakan artis dan peminatnya. Semoga arwah Siti Sarah beroleh ganjaran pahala kerana berkongsi ilmu masakannya kepada orang ramai yang mahu mencuba resepi yang disediakan.

Selamat Mencuba!

Sumber: Instagram Siti Sarah Raissuddin

Baca juga: Resepi Ikan Bilis Masak Asam Jawa

tags: | | |