Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Pandai Malu Jugak!”, Temui Geng Plastik Merah, Gelagat Mereka Buat Ramai Terhibur

“Pandai Malu Jugak!”, Temui Geng Plastik Merah, Gelagat Mereka Buat Ramai Terhibur

Kategori:
GENG PLASTIK MERAH

Bulan Ramadan merupakan bulan yang sangat mulia buat umat Islam. Para muslim di seluruh dunia diwajibkan berpuasa dan bagi para ibu bapa, bulan ini menjadi waktu yang sesuai bagi mendidik dan melatih anak-anak untuk menunaikan ibadah itu.

Namun memandangkan mereka masih kecil dan sangat lagi lincah bermain dengan kawan-kawan, kadang-kadang mereka tidak mampu untuk berpuasa. Oleh kerana tidak ingin malu dan dimarahi oleh orang-orang dewasa, ada kalanya mereka terpaksa menyorok makanan yang dibeli untuk berbuka puasa lebih awal dari waktunya.

Gelagat Geng Plastik Merah Tarik Perhatian Ramai

Mengunjungi sebuah sekolah berdekatan atas urusan, seorang wanita berasa terhibur apabila terserempak beberapa orang ahli geng plastik merah yang sedang menyeludup makanan untuk dimakan. GENG PLASTIK MERAH

Melihat dan merakam dari jauh, empat orang ahli tersebut bergerak bersama sambil cuba menyorok plastik yang diisi dengan makanan. Mungkin kerana malu, mereka berjalan dengan penuh berhati-hati untuk elakkan tindakan mereka dari dikesan. GENG PLASTIK MERAH

Mungkin tidak tahan berpuasa sepangjang hari, mereka terpaksa berbuka dan membeli makanan di kantin sekolah. Gelagat geng plastik merah itu buat wanita itu terhibur bila melihat.

Menjengah di ruangan komen video itu yang telah dikongsikan di laman TikTok pula, orang ramai turut berasa terpikat dengan gelagat comel geng plastik merah itu. Malu kerana mungkin tidak berpuasa, tindakan mereka untuk menyorok makanan menarik perhatian mereka.

“Comel Sangat!” GENG PLASTIK MERAH GENG PLASTIK MERAH

Tak salah pun adik-adik itu untuk berbuka puasa terlebih dahulu. Memandangkan mereka masih lagi kecil, jadi ia bukannya menjadi satu kewajipan buat mereka.

Walaupun di bulan Ramadan ini, ia menjadi peluang untuk kita melatih anak-anak berpuasa tapi jika mereka tidak mampu, janganlah terlalu memaksa. Kasihan pula pada mereka. Kan tak pasal-pasal pula mereka kena sorokkan makanan sebegitu?

Kredit: ‘AisyahMohamed

Baca Juga: Gerai Tak Dikunjungi, Peniaga Ini Terharu Lihat Tindakan Anaknya Untuk Melariskan Jualan

 

tags: | |