Buat umat Islam, menjaga solat itu sudah menjadi sebuah kewajiban. Menjadi tiang iman, umat Islam digesa untuk menjaga solat 5 waktu. Namun, tak semua manusia sempurna dan kadang-kadang mudah leka, terutamanya bila sibuk menggendalikan urusan harian.
Menjaga solat bukan sahaja menjanjikan ganjaran pahala, malah dipermudahkan segala urusan dan dilindungi dari segala bahaya dan bencana.
Di laman TikTok, seorang pengguna, kakyongtaoufu memuat turun sebuah video pendek yang memaparkan keadaan gerai makannya setelah dia meninggalkannya buat seketika untuk menunaikan solat.
Alangkah terkejutnya dia apabila pulang dan mendapati kanopi gerai kecil habis tumbang dan rosak. Bila bertanya pada yang berdekatan, jelas mereka angin puting beliung telah menyerang kawasan itu yang menyebabkan kerosakan itu.
Meskipun berasa hairan dengan perkara yang terjadi memandangkan tiada angin atau ribut sebelum itu, individu itu redha dengan apa yang terjadi.
@kakyongtoufu Hasbunallah wanikmal wakel . kanopi patah semua . xleh guna . #fyp
@kakyongtoufu Hasbunallah wanikmal wakel . kanopi patah semua . xleh guna . #fyp ♬ Hasbunallah – Hafiz Hamidun
Melihat video itu, orang ramai berasa hairan dan ragu-ragu dengan penjelasan yang diberi. Dikatakan tidak logik kerana gerai lain terkesan, wanita itu cuma mampu bersangka baik.
Orang ramai turut mendoakan agar individu itu sabar menghadapi ujian dan berasa lega kerana tiada kecederaan menimpanya. Dianggap sebagai perkara ajaib, mereka turut mendoakan rezeki yang lebih besar datang padanya.
Nasib baik lah tiada apa yang menimpa individu tersebut. Gara-gara pergi solat, dapat menggelakkan diri dari terkena angin berbahaya itu. Tak boleh bayang apa yang akan terjadi padanya sekiranya dia berada di gerainya ketika itu.
Semoga perniagaannya kembali maju.
Kredit: TikTok kakyongtaoufu