Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Gerai Tak Dikunjungi, Peniaga Ini Terharu Lihat Tindakan Anaknya Untuk Melariskan Jualan

Gerai Tak Dikunjungi, Peniaga Ini Terharu Lihat Tindakan Anaknya Untuk Melariskan Jualan

Kategori:
GERAI TAK DIKUNJUNGI

Bulan Ramadan merupakan bulan yang sangat mulia bagi umat Islam. Selain digalakkan melakukan amal ibadah dan kebaikan, ada juga merebut peluang untuk mencari rezeki sampingan dengan melakukan jualan di tapak bazar Ramadan.

Dengan pelbagai pilihan makanan dan minuman di sana, pelanggan juga akan berasa rambang mata melihat juadah yang dijual. Meskipun sering dikunjungi orang, ada segelintir peniaga yang akan menghadapi cabaran.

Tidak dikunjungi pelanggan, hal itu boleh membuatkan peniaga berasa sedih dan putus asa. Namun bila meniaga, tentunya perkara itu merupakan salah satu rintangan yang perlu diatasi. Selain berdoa, peniaga perlulah rajin berusaha untuk melariskan jualan.

Gerai Tak Dikunjungi Dan Sunyi Sepi, Peniaga Ini Terharu Melihat Tindakan Anak

Membuka sebuah gerai untuk menjual aneka dim sum di bazar Ramadan berdekatan, seorang peniaga mula berasa kecewa dan sedikit kecewa apabila keadaan gerainya didapati sunyi sepi dan tidak dikunjungi oleh mana-mana pelanggan.

GERAI TAK DIKUNJUNGI

Belum sempat bersedih terlalu lama, peniaga itu terkejut apabila anaknya yang masih lagi tiba-tiba sahaja ke hadapan gerai untuk menarik pelanggan. Mengajak orang ramai untuk membeli dengan suaranya yang lantang, peniaga itu terharu.

GERAI TAK DIKUNJUNGI

Berasa terharu kerana dikurniakan anak-anak yang sanggup bersusah payah bersama orang tua mereka, tentunya gelagat anaknya itu memberinya semangat untuk terus mencari rezeki.

@papaburgerlicious

yaAllah… kau beri anak anak syurga yg sanggup bersusah payah utk org tuanya… #ramadhan2022 #cyberjaya #halaldimsum #foodie #cyberjayafood

♬ Rindu Ramadhan – Arif_NJS

@papa_dimsum yaAllah… kau beri anak anak syurga yg sanggup bersusah payah utk org tuanya… #ramadhan2022 #cyberjaya #halaldimsum #foodie #cyberjayafood ♬ Rindu Ramadhan – Arif_NJS

Menjengah di ruangan komen pula, orang ramai berasa terharu melihat tindakan adik kecil itu. Sangat baik dan ingin meringkan beban ibu bapa ketika meniaga, rata-rata mendoakannya membesar dengan elok serta dimurahkan rezeki.

“Semoga Membesar Dengan Elok, Adik!”

GERAI TAK DIKUNJUNGI

Bila ada anak-anak yang rajin dan sedia membantu ketika kita sedang sibuk mencari rezeki, kita juga akan berasa lebih bersemangat dan kuat untuk menghadapi pelbagai rintangan.

Meniaga ini bukannya hal yang mudah tapi jika ikhlas dan berbuat begitu demi mencari rezeki yang halal demi menyara keluarrga, sudah tentu ia akan dipermudahkan.

Kredit: papa_dimsum

Baca Juga: Kuah Laksa Rasa Macam Air Kosong, Wanita Ini Kecewa Bila Beli Dari Seorang Peniaga

tags: | |