Rata-rata daripada kita menyedari kempen mogok yang dilancarkan oleh penghantar makanan akibat upah yang dibayar syarikat semakin hari semakin sedikit kan?
Mogok itu terjadi kerana menurut rider, selepas lebih tiga tahun menunggu, masih tiada pembelaan sewajarnya oleh syarikat penghantar serta tiada sebarang suara daripada pihak kerajaan. Ia tertuju dalam isu membangunkan serta melindungi penghantar makanan.
Berikutan mogok yang dilancarkan oleh penghantar makanan Malaysia semalam, seorang lelaki bernama Nadzri Sazali tampil membuat kenyataan berkenaan isu itu. Hantarannya tular di media sosial dan mendapat perhatian daripada netizen lalu mencetuskan perdebatan.
Katanya, syarikat Grab mengambil keputusan untuk mengurangkan fare rider adalah bukan kerana syarikat nak makan untung besar, tetapi demi kelangsungan syarikat juga.
“Abang rider mungkin tak tahu, Grab telah rugi melebihi RM14 billion pada tahun 2021. Dan, sebahagian kerugian ini adalah kepada insentif khusus kepada service delivery.
“Ketahuilah gaji 10-11K yang biasa ditayang oleh segelintir rider adalah bukan pendapatan sebenar. Ianya adalah pendapatan bersubsidi. Ya, subsidi daripada pelabur syarikat kepada anda. Dari T20, kepada B40.
“Jadi, billa syarikat terpaksa kurangkan fare yang rider terima, kemungkinan besar bukan syarikat nak makan untung besar, tapi demi survival syarikat. Tak buat, syarikat bakal gulung tikar,” jelasnya dalam satu hantaran Facebook berkenaan Grab kurangkan fare pada Khamis lalu.
Dia juga menambah, pada pandangannya, kerjaga gig ekonomi seperti Grab rider ni tidak sepatutnya dijadikan karier, sebaliknya hanya sesuai dijadikan kerja part time sahaja.
“Kenapa macam tu? Sebab kerjaya ni adalah short term gain yang bagi 0% upskillling. Bahkan lagi teruk daripada e-hailing. Setidaknya dengan e-hailing kau masih boleh berjumpa orang diuar circle. Ada beberapa cerita juga aku dengar majikan ambil dirver Grab jadi driver. Dari situ, peluang dapat dicipta,” jelasnya lagi pada hantaran sama.
Dalam perkembangan sama, dia juga menjelaskan bahawa bekerja di bawah syarikat delivery sebagai side income tiada masalah, tetapi janganlah bergantung harap sepenuh masa.
“Syarikat delivery ni banyak membantu yang hilang kerja, tak dapat cari kerja tetap. Especially masa lockdown. Tak boleh dinafikan. Sebagai back up atau side income, tiada masalah. It’s a good addition.
“Tapi untuk bergantung harap sepenuh masa, tidak.
“Lambat laun, rider-pengguna-peniaga akan perlu kembali membayar kos harga sebenar, dan bukas kos bersubsidi,”jelasnya lagi dalam isu Grab kurangkan fare.
Ekoran hal demkian, penjelasan berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang terdiri daripada grab mahupun netizen luar.
Sumber: Nadzri Sazali