Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Gulai Kacang Letak Hati & Pedal Ayam Buat Ramai Terliur, Ini Resipi Menarik Serta Unik Patut Korang Cuba Untuk Puasa & Raya Kali Ni!

Gulai Kacang Letak Hati & Pedal Ayam Buat Ramai Terliur, Ini Resipi Menarik Serta Unik Patut Korang Cuba Untuk Puasa & Raya Kali Ni!

Kategori: ,
gulai kacang

Dah bosan asyik buat resipi sama sahaja setiap hari? Kali ini, kami akan kongsikan resipi lain dari yang lain. Korang pernah dengar atau masak gulai kacang?

Yang penting, boleh dijadikan hidangan untuk juadah berbuka puasa atau hari raya tau! Jom ikuti perkongsian resipi dari Fara Izz ini sama-sama! Bahan-bahan dan cara penyediaannya amat simple!

Gulai Kacang Letak Hati & Pedal Ayam Buat Ramai Terliur, Ini Resipi Menarik Serta Unik Patut Korang Cuba Untuk Puasa & Raya Kali Ni!

Bahan-Bahan:

  • kacang rebus
  • bawang merah (dikisar)
  • bawang putih (dikisar)
  • halia (dikisar)
  • cili kering (dikisar)
  • serai (dikisa)
  • kepala parut (sikit) (dikisar)
  • serbuk kari (sikit)
  • hati ayam
  • pedal ayam
  • santan

Cara Penyediaan:

  1. Kisar bahan-bahan yang perlu dikisar, dan tumiskan bahan kisar tersebut.
  2. Selepas itu, letak sedikit serbuk kari.
  3. Kacau perlahan-lahan dan letak hati ayam, pedal ayam ataupun isi ayam sekali.
  4. Boleh masukkan kacang yang sudah direbus.
  5. Letak santan sedikit dan tunggu biar kuah kelihatan kering seperti gambar yang ditunjukkan.

gulai kacang gulai kacang gulai kacang

Haaa! Siap sudah kita punya gulai kacang. Boleh letak lauk ikut kegemaran korang tau. Ni makanan rewang masa kecil-kecil. Rasa lemak kacang tu sememangnya menawan hati.

Semoga perkongsian ini bermanfaat! Selamat mencuba dan menikmati.

Sumber: Fara Izz

Baca juga: Rahsia Petua Laksa Pekat Sedap Dari Peniaga, Ikut 5 Langkah Ni Pasti Auto Terciduk Bila Makan

tags: | |