Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Jom Cuba Resepi Gulai Rebung Daging, Lauk Femes Di Majlis Kenduri. Sekali Cuba Tentu Nak Lagi!

Jom Cuba Resepi Gulai Rebung Daging, Lauk Femes Di Majlis Kenduri. Sekali Cuba Tentu Nak Lagi!

Kategori: ,
GULAI REBUNG DAGING

Di majlis kenduri, pelbagai lauk-pauk menarik yang akan dihidangkan buat para tetamu. Antaranya merupakan gulai rebung daging yang menjadi kegemaran orang ramai.

Hanya dihidangkan di beberapa buah negeri, kuah gulai ini begitu enak bila dimakan bersama sepinggan nasi putih. Jika anda ingin merasainya, anda tak perlu ke mana-mana majlis, cuma perlu cuba resepi gulai rebung daging ini yang telah dikongsikan oleh Khairul Abdullah di laman Facebook.

Jom Cuba Resepi Gulai Rebung Daging, Lauk Femes Di Majlis Kenduri. Sekali Cuba Tentu Nak Lagi!

Bahan Tumis

  • 5 ulas bawang putih (ditumbuk atau kisar)
  • 1 inci halia (ditumbuk atau dikisar bersama bawang putih)
  • 1 biji bawang besar (dimayang halus)
  • 1 batang kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
  • 2 tangkai daun kari

Bahan Lain

  • 300 hingga 500 gm rebung – yang telah siap diproses. Kalau rebung segar tu kena cuci dan rebus dengan air garam dulu.
  • 1/2 kg daging – tak kisah bahagian mana pun. Kalau bertulang dan berlemak lagi best. Potong ikut saiz 2 jari.
  • 1 pek rempah kari daging (dapatkan di sini) dibancuh dengan sedikit air, ikutlah jenama apa pun
  • 1 sudu kecil pes asam jawa
  • 1 cawan santan
  • 2 sudu besar kerisik
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan

  1. Panaskan 6 hingga 7 sudu minyak masak dan tumiskan bahan tumis sehingga naik bau. Kemudian, masukkan kerisik dan kacau sekejap.
  2. Masukkan rempah kari dan tumiskan sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging, kacau sebati dan masukkan air asam jawa, santan dan sedikit air ikut kepekatan yang disukai. Orang kata kena letak sudu atau garfu besi dalam kuah supaya daging cepat empuk.
  4. Bila daging dah empuk, masukkan rebung tadi. Perasakan dengan garam sehingga cukup rasa. Masak lagi sekitar 5 minit dan siap. GULAI REBUNG DAGING GULAI REBUNG DAGING GULAI REBUNG DAGING

Ringkas sahaja resepi ini, kan? Bagi penggemar gulai daging tapi belum lagi mencuba hidangan ini, anda wajib menyediakannya. Memang lain dari yang lain, jadi tak hairan mengapa begitu ramai diantara kita yang begitu menggemarinya.

Selamat mencuba!

Kredit: Khairul Abdullah

Baca Juga: Resepi Hati Lembu Masak Pengantin, Tabur Cili Padi, Makan Dengan Nasi Panas, Memang Sedap!

tags: | | | |