Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Guna Air Fryer Saja, Ini Resepi Ayam Pandan Thai Yang Penuh Aroma & Kesukaan Anak-Anak.

Guna Air Fryer Saja, Ini Resepi Ayam Pandan Thai Yang Penuh Aroma & Kesukaan Anak-Anak.

Kategori: ,
ayam pandan thai

Makanan dari negara Thailand makin mendapat sambutan sejak akhir-akhir ini. Umpama syurga makanan, terdapat pelbagai hidangan Thai yang anda boleh cuba sendiri seperti kari hijau thai, nasi komok, sup ayam thai dan sebagainya.

Antara hidangan Thai yang makin terkenal adalah ayam pandan thai. Diserikan dengan keharuman daun pandan, memang tak hairan kenapa hidangan ini mendapat populariti. Kalau anda nak buat sendiri di rumah, mudah saja. Tak perlu susah-susah, follow saja resepi oleh Haziera Azie. Jom baca untuk perkongsian penuh olehnya.

Resepi Ayam Pandan Thai

Bahan-Bahan

  • 1/2 ekor ayam dipotong kecil
  • 10 helai daun pandan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil kicap pekat atau 1 sudu besar kicap manis biasa
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu kecil garam atau 1 sudu kecil secukup rasa
  • lidi kecil secukupnya

Bahan-Bahan Untuk Dikisar

  • 1 sudu kecil ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang besar
  • 1/2 inci halia

Cara-Cara Penyediaan

  1. Kisar semua bahan-bahan kisar menggunakan blender. Ketepikan.
  2. Tuangkan bahan-bahan yang telah dikisar pada ayam. Letakkan juga sos tiram, kicap, minyak bijan, gula, garam, madu dan perap selama 1/2 jam atau satu jam.
  3. Balutkan ayam dengan daun pandan dan cucukkan daun pandan menggunakan lidi kecil. Kalau takde lidi kecil, lipat saja hujung daun pandan itu.
  4. Masukkan dalam air fryer selama 15 hingga 20 minit dengan suhu 180° atau 190°. Ikut kesesuaian air fryer masing-masing.

Bagi peminat masakan thai, anda wajib cuba resepi ayam pandan thai yang sangat beraroma ini. Guna air fryer saja untuk memudahkan proses memasak tapi jika anda nak goreng dalam kuali seperti biasa, tiada masalah. Pada hari minggu, boleh lah cuba resepi ini.

Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan resepi ini pada semua.

Kredit: Haziera Azie

Baca Juga: Layan Sotong Goreng Tepung Rangup Bersulam Sos Thai, Memang Sedap La! Sepinggan Tak Cukup Ni.

tags: